Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Tuesday, July 27, 2010

siapakah orang yang kita cintai...


ketika kita berada d’hadapan orang yang kita cintai… hati kita akan senantiasa berdegup dengan kencang… dan, ia semakin laju2 pabila semakin dekat... tapi, pabila kita berada d’depan orang yang kita sukai… hati kita akan mula rasa gembira… dan, perlahan lahan bisa ketawa dan t’senyum…

ketika kita berada d’depan orang yang kita cintai… musim yang kita lalui itu, sentiasa b'bunga bunga… kadang2, ia b’bau wangi… tapi, pabila kita berada d’depan orang yang kita sukai… musim yang kita lalui itu, cuma berangin sahaja… dan, terasa pipi ini d’tiup angin…

pabila kita melihat d’dalam mata orang yang kita cintai… tetiba je, kita akan terasa kaku.. kerna, d’matanya.. t’lihat wajah2 kita yang senantiasa t’senyum… tapi, pabila kita melihat ke dalam mata orang yang kita sukai… kita akan t’senyum dan bisa ketawa… kerna, setiap kita memandang matanya dalam2… ia kelihatan malu2…

ketika kita berada d’depan orang yang kita cintai… lidah kita itu, tetiba je terasa kelu untuk b'kata kata… setiap perkataan d’susun dengan teratur… agar klihatan sopan santun… tapi, pabila kita berada d’depan orang yang kita sukai… lidah itu, mula bebas berkata kata tentang apa2 sahaja… kadang2 ketawa, dan kadang2 juga bisa mengeluarkan air mata…

pabila kita berada d’depan orang yang kita cintai… terasa diri ini, mula menjadi malu2… umpama pokok semalu… tapi, pabila kita berada d’depan orang yang kita sukai… kita bisa tunjukkan imej kita yang sebenar… siapa kita… dan d’mana kita berada…

kita tidak bisa merenung mata orang yang kita cintai… tapi, kita selalu merenung mata orang yang kita sukai… 

pabila orang yang kita cintai itu, menangis… kita akan turut menangis... dan cuba untuk menangis.. kadang2, air mata kita yang mengalir itu lebih laju dari orang yang kita cintai… tapi, pabila orang yang kita sukai itu, menangis… kita akan cuba buat dia gembira.. dan bisa ketawa…

perasaan cinta ini, bermula dari mata… dan perasaan suka pula, bermula dari telinga..

jika kita berhenti dari menyukai seseorang yang kita sukai… ianya umpama, kita membuang telinga kita jauh2… tapi, jika kita cuba untuk menutup mata rapat2… cinta itu akan mula berubah menjadi airmata… dan ia akan mulai mengalir dengan laju2…

pejamkanlah mata ketat2 dan rapat2…. dan cubalah bayangkan… siapakah orang yang kita cintai....






p/s:: susah lar cam nie kn?

Thursday, July 22, 2010

Kerana “DIA” insan terpilih…


Assalammualaikum…

…..Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..teman tapi mesra…..
 Bagaimana kita hendak menyayangi seseorang  

1.  Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.


2 .  Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.


3 .  Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.


4 .  Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.


5 .  Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.


6 .  Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.


7 .  Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.


8 .  BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.


9 .  Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.


1.  Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.


Kerana “DIA” insan terpilih… 


Saturday, July 17, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya 



Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT 
yang dirasakannya keranamu ? 



Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. 
TUTUR 
katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya 
adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya... 
PELUKAN & CIUMANnya 
bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya... 
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN... 
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN 
air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. 

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia". 




Sunday, July 11, 2010

CINTA DAN WAKTU


Alkisah di sebuah pulau kecil, tinggallah berbagai macam
benda-benda abstrak : ada CINTA, KESEDIHAN, KEKAYAAN, KEGEMBIRAAN, KECANTIKAN, dsb.
Mereka hidup berdampingan dengan baik.

namun suatu ketika , datang badai menghempas pulau kecil itu.
semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenag dan tidak memiliki perahu.
sementara itu air makin naik membasahi kakinya.

tak lama CINTA melihat KEKAYAAN yang sedang mengayuh perahu. "KEKAYAAN! KEKAYAAN! tolong aku!", teriak cinta.
"Aduh, maaf, CINTA!", kata KEKAYAAN, "perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta,
nanti perahu ini tenggelam. lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."


lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat
dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena
ia menemukan perahu sehingga ia tak mendengar teriakan CINTA.

Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.
"KECANTIKAN! bawalah aku bersamamu !", teriak CINTA. "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. aku tak bisa membawamu ikut.
nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini", sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya. ia mulai menangis terisak-isak. saat itu lewatlah kesedihan. "oh, KESEDIHAN,
bawalah aku bersamamu," kata CINTA. "maaf CINTA. aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja..." kata KESEDIHAN
sambil terus mengayuh perahunya. CINTA makin putus asa. ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.
pada saat kritis itulah, tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! mari cepat naik ke perahuku!".
CINTA menoleh ke arah itu dan cepat-cepat naik ke perahu itu tepat sebelum air menenggelamkannya.

di pulau terdekat, pemilik perahu itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itulah CINTA
baru menyadari bahwa ia sama sekali tidak mengenal siapa yang telah menyelamatkannya itu. CINTA segera
menanyakan kepada penghuni pulau itu, siapa sebenarnya pemilik perahu yang telah menyelamatkannya itu.
"oh, dia? dia adalah WAKTU", katanya. "tapi mengapa ia menyelamatkanku? aku tidak mengenalnya.
bahkan teman-teman yang mengenalkupun enggan menolongku" tanya CINTA heran.
"sebab, hanya WAKTU-lah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari cinta itu..."





Saturday, July 3, 2010

MAMA...



hati sangat sedih...
serius saya tak tipu....
semalam dapat tahu MAMA dah tak ade....
terkilan sangat2 sebab xde siape bgthu....

"MAMA" mak ex-boyfriend saya yang saya panggil MAMA.
mama baik,sayangkan saya,layan saya macam anak sendiri.
mama akan peluk saya...cium pipi....
tapi ma sendiri lebih best.
mama pun ma saya jugak.
sayang sangat kat mama....
dulu selalu harap nanti dapat mak mertua best.....
mama memang best tapi mama tak mungkin jadik mak mertua saya sebab mama dah xde....



MAMA.....


Kali akhir bertemu dgn arwah di rumah MAMA 2 tahun lalu.....masa itu arwah masih sihat dan kami sempat berbual mesra. Terkilan hati tak sempat nak ziarah jenazah arwah .......apakan daya jarak membataskan....


“Ya Allah, tempatkanlah Roh Mama ditempat yang terbaik di sisi Mu, cucuri Rahmat keatas Rohnya, terima segala amalan dan amal jariahnya, ampunkanlah segala kesalahannya,..... Amin.”

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman . Al-Fatihah........... 



Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers