Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Monday, May 23, 2011

Bertunang = Bercinta ??


Salam semua...
lame x update...mfla skrg nie sibuk dengan pendaftaran pelajar baru ditambah plak dengan kursus n kerja2 lain...entri nie nak cerite pasal" ISU PERTUNANGAN…"...sebenarnye sy keliru dengan beberapa soalan n hasil carian sy nk kongsikan dlm entri kali nie....
1 ) adakah memg di sana terdapat RUKUN TUNANG sbg mana wujudnya juga RUKUN NIKAH dan beberpa perkara      lain spt mana juga isu KAWIN?
2)  apakah konsep dan definisi PERTUNANGAN itu sndiri ?
setau sy, bertunang itu adalah apabila DIIKAT PERJANJIAN antara lelaki dan perempuan utk dijadikan pasangan yg SAH…
jadi, wajarkah kalau muda mudi hari ini yg bercinta boleh DIKATAKAN BERTUNANG ? >> walaupun mgkin pada ‘dasarnye belom mengiktiraf…sbb x de hadiah , cincin dsb…'
statements di atas bukanlah ditujukan kpd PASANGAN MUDA-MUDI YG BERFOYA2 di luar sana… hehe… khas buat mereka yg benar2 dah jumpa pasangan daaa… (ceh mcm aku ni dah ade jee…ahakss..)

jawapan:
sebenarnya masyarakat khususnya msyarakat M’sia kurang memahami apakah itu konsep peminangan pad pandangan syariat. Mereka menganggap pertunangan hanya berlaku melalui majlis2 spt yg dilakukan oleh kita hari ini. Apapun, yg jelas, tunang itu hukumnya sunat dan dijelaskan dalam tuntuan agama Islam.
Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang makruf. Dan janganlah kamu berazam (bertetap hati) untuk berakad nikah sebelum habis iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahi apa yang ada dalam hatimu, maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. (QS. 2:235)
Dr Saalih ibn Ghaanim al-Sadlaan, Prof Syariah Universiti Islam Muhammad Ibn Sa’ud, Riyadh mengatakan bhw pertunangan itu hanyalah meminta kebenaran utk berkahwin serta persediaan awal ke arah perkahwinan. Adapun amalan2 yg biasa berlaku di kalangan masyarakat bukanlah tuntutan syara’. Bahkan beliau berpendapat dgn lebih keras iaitu cincin yg dihadiahkan sempena pertunangan merupakan bid’ah krn ia merupakan amalan Kristian.
Sheikh Atiyyah Saqr dalam Seen wa Jeem lil mar’atil muslimah menyatakan pertunangan itu hanyalah perjajian utk berkahwin dan tidak semestinya berkahwin dan harus kedua belah pihak utk memutuskannya. Sebrg hadiah yg diberikan ketika pertunangan itu hanyalah sekadar hadiah dan tidak terdapat sebrg nas mengenai hak harta yg mereka berikan antara satu dgn yg lain. Dgn kata lain, jika terputus tunang, hadiah2 itu tidak bleh dituntut kembali krn ia tiada hak ke atas pemberian itu lagi. Namun, tidak dinafikan mazhab fiqh ada yg membahaskan isu pemberian ini dgn lebih detail berdasarkan ijtihad mereka.
Definisi di atas juga diberikan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa Muasirah. Beliau menjelaskan lagi, pertunangan itu tidak menghalang apa2pun melainkan mencegah pihak lain meminang gadis itu.
Rasulullah saw bersabda, “Jgn ada di antara kalian yg melamar wanita yg telah dilamar saudaranya.”[Hadis muttafaqqun 'alaih]



adakah memadai membuat perjanjian antara si lelaki dan perempuan.. even tanpa memaklumkan kpd ibu bapa?

Kita perlu ingat, utk berkahwin, wali menjadi salah satu rukunnya. Tanpa wali maka pernikahan tidak sah. Jadi, bagaimana pula boleh berlaku pertunangan tanpa pengetahuan ibu bapa sedangkan pertunangan itu merupakan satu ikatan perjanjian utk berkahwin?
Sheikh Abu Ishaq al-Atsari dalam kitabnya al-Insyiarah fi Aadaabin Nikah mengatakan di bawah bab melamar isteri, “Setelah itu, hendaklah ia pergi melamar pilihannya itu kpd walinya…”
p/s : bertunang tue bleh tp perlu ikut konsep pertunangan menurut islam..(tp kalau kawin terus lagi baik...hehe)

Saturday, May 14, 2011

Mane lebih penting???


Assalamualaikum semua....

kalau ade mak pak

utamakan mak pak dulu
antara kawan dengan kekasih
aku ingat ko kene utamakan kekasih dulu
terutama kalau kekasih ko tu adelah Allah s.w.t.btl x...::)

berbalik pade tajuk :
kalau nak ikut kan debat mmg semua nak menang..smpai esok pon x habes... tp bg aku 2 2 penting tapi kena laa pandai menjaga hati dan perasaan masing2.. dan pandai utk membahagikan masa untuk bersama.. baik kwn atau kekasih kena laa paham.. x perlu kata "kwn lebih penting" ataupon "kekasih lebih penting".. ape yg penting kwn mestilah ada ketika kita senang mahupon susah.. dan kekasih perlu memberikan kasih syg dan bersedia menghadapi ape saja....


Tapi atas situasi...kalau dalam kes sama-sama ajak keluar, baik ko folo pakwe..duit pun save..

kalau ko folow membe,silap-silap ko lak kene banje dia..hahahaaha(Gelak jahat!)
kalau dalam kes ko masih belajar,dua-dua ajak setadi kat libry,ko folo wyang mana samer kos dengan ko..
kang folow silap orang..ko jugak yang weng masa exam nanti..

kalau dua-dua merajuk,kredit ko lak ade 2posen..better ko pujuk pakwe ko..
member ko merajuk 2 3 hari je..bila kat opis nanti dia nak pinjam liquid paper ko,dia mau xmau kene berbaik dengan ko balik..dah hilang merajuk..senang je..huhu..sebab kalo kawan ko tu benar2 kawan sejati la kan..ko buat la ape pun,marah dia jap je..


So bagi aku kawan lebih penting dari kekasih sebab sebelum kita kenal kekasih kawan yg plg byk babak dia dalam layar kehidupan kita,bagi yg tak reti kwan tuh len cita la cik adik ooiii,tapi aku pelik mengapa ada lelaki or wanita yang terhegeh-hegeh nak ada kekasih padahal sebelum tuh dah penah clash patuh mula moody,tension dan tak kurang ada bunuh-membunuh sampai terbunuh diri ,rata-rata aku tgk org yang bercinta mesti bermasalah jeerrrr(konon dalam percintaan biase la ada asam garam) tp nak Ikutkan Islam percintaan yang disisi syarak hanyalah Perkahwinan,yg dok berkepit terkepit-kepit tuh buat dosa jeee...




Bagi member yang bukan Islam diluar sana jgn salah faham!! Islam tak halang manusia bercinta berkasih tapi Islam ada melandaskan hukum-hakam...demi kebaikkan manusia sejagat juga....klau tak paham tanya ja guru agama islam tau member muslim yg ok..or just Komen aku..insyallah aku tlg jwbkan...



Bukan la aku nak kata hampa tak bleh bercinta(gila apa nak lawan fitrah manusia) cuma bila bercinta jgn la lupa member dan ingat2 la kita tuh org Islam i repeat org Islam. PANTANG aku bila org bercinta then bermasalah dok tunjuk masalah tuh sgt2 depan member ku rasa mcm nak Lempang jeee.....so pikir2kan lah..adakah anda selalu menyakiti hati mmber bila bercinta?????secara sedar,separa sedar,atau tak sedar....
 
 
nota kaki :: nape perlu pilih...
                 biarkan aje kawan dan kekasih itu berada dlm hidup kite...
                 kan seronok ade 2 insan penting dlm hidup selain family kite....:)

Sunday, May 8, 2011

Hari Lahir / Hari Ibu...


Assalamualaikum semua...

lame gile x update...mf la..sangat sibuk skrg nie...bila da start ulang alik dari kampung memamg sangat penat...bangun seawal 6 pagi..pas tue sampai rumah da dekat malam..badan2 mule letih mule la tido awl...biase la tue..lumrah,mule2 mmg x biase...insyallah,lame2 akan jadi terbiase....da lame sebenarnya nak cerite sambutan hari jadiku yang jatuh pada hari perkerja nie..1 Mei 1988...

kat bawah nie de info ckit pasal sambutan hari lahir...

Majlis Sambutan Hari Jadi@Lahir dan sewaktu dengannya.. Hukum asalnya ialah harus. Ini bermakna buat tk dapat pahala dan jika tidak buat tidak berdosa.




Ini adalah kerana Nabi saw tidak pernah mengajarkan kepada kita umatnya untuk membuat sambutan atau majlis seperti itu. Dan tidak ada pula NAs Al-Quran atau Hadis Nabi yg menghalang kita dari melakukannya.



Oleh itu bolehlah kita meraikan sambutan ulangtahun kelahiran kita itu..dengan pelabagai cara yang baik dan menjuruskan kita untuk meraih pahala bertepatan dengan peningkatan atau pertambahan unur kita itu. Seperti melakukan solat sunat hajat, memberi makan fakir miskin dan anak yatim, bersedekah sempena hari jadi kita.



Dan berhati2lah kita agar Majlis atau sambutan Hari Lahir kita itu tidak ada unsur2 haram yang akan mengundang dosa iaitu memotong kek yang ada lilin dan meniup lilinnya itu hukumnya haram kerana itu adalah amalan orang kafir.Hadis NAbi saw ” Barang siapa yg meniru gaya atau amalan orang kafir maka mereka itu sebahagian darinya”..Nauzubillah

Nota kaki : terime kasih semua yang bgi ucapan hari lahir tue..Selamat hari ibu kpd ma sy yang telah melahirkankan saya..bagi sy..hari2 adalah hari ibu....lov u ma..:)

Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers