Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Wednesday, January 30, 2013

31 januari



Selamat hari Lahir Buat suami tercinta..Insan yang penuh kasih sayang dan murah hati..hihi..nie ayat nak bodek suami ke..
tak la...ikhlas nie taw...
sebenarnya 31 januari hari yang penuh bermakna buat saya dan suami kerana pada tarikh nie la kami mula2 berkenalan dan sampai sekarang..
kalau nak diingatkan balik kisah pertemuaan kami memang sangat kelakar...
insyallah akan menjadi kenangan manis buat kami untuk diingati..

Maaf ye b..tahun nie tak dapat nak sambut sama2 dengan b...insyallah nanti b balik malaysia kita sambut sama2 ye...

sebenarnya tak tahu nak hadiahkan apa kat b..rasanya tak de hadiah macam tahun2 sudah..
tapi apa yang bermakna sekarang nie kelahiran permata hati kami"Muhammad Rayyan Al-Fateh"
Kelahirannya menambahkan seri dan kebahgiaan dalam rumahtangga kami..
dan itulah hadiah yang paling bernilai sempena ulangtahun perkenalan kita..
insyallah jika dimurahkan rezeki lagi kita tambah lagi ye..hihi....tunggu anak sulong mama besar dulu la ye..



Semoga encik suami sentiasa dimurahkan rezeki,panjang umor,sihat sentiasa dan selalu ceria walaupun kita berjauhan..amin...







Sunday, January 27, 2013

suami dan kerja


kenapa tak berhenti keje je?
kenapa tak ikut suami skali?
sanggup ke berjauhan dengan suami?
tak takut ke suami main blakang?
tak sayang suami ke?

Ya, ALLAH telah tetapkan ada rezeki untuk hambanya, kita hanya berusaha mencarinya dengan cara yang terbaik, bukan dengan cara yang boleh mengancam hubungan suami isteri.


aduhai...mulut manusia susah nak tutup ye..mcm2 persoalan yang diberi...susahnya kalau mereka tak berada di tempat saya...sape yang sanggup berjauhan dengan suami...siapa sanggup hidup dengan anak berdua je..lebih2 umur anak sekarang nie yang sangat memerlukan ayah disisi...

Alhamdulillah suami bagi keizinan untuk  saya meneruskan perkerjaan saya selepas 3bulan cuti berpantang...kalau ikutkan hati nak je ambik cuti tanpa gaji ikut suami tinggal disana..tapi bukan senang..prosedur nak memohon pun bukan mudah nak dapat....insyallah kalau ada rezeki dapat la saya tinggal dengan suami bersama anak teruna yang comel nie..



"Bagaimana nak survive Percintaan Jarak Jauh?"


"Macam mana nak pastikan Hubungan Jarak Jauh ni berjaya?"
"Apa yang perlu buat kalau nak jalinkan hubungan jarak jauh?"



sebenarnya hubungan jarak jauh nie memerlukan kepercayaan yang sangat tinggi..Alhamdulillah Tuhan bagi kekuatan kepada saya mempercayai suami saya walaupun jarak antara kami bukan dekat lebih2 lagi di tempat orang yang kita tidak tahu suasana dan persekitaran macamna...
Sebab perasaan dan keraguan korang adalah bergantung kepada apa yang anda percaya.Kepercayaan dan kesetiaan adalah yang paling penting dalam hubungan jarak jauh nie.
walaupun kami dah merancang apa yang terbaik untuk hubungan ini Tuhan Maha Mengetahui..
Insyallah kami akan bersama seperti keluraga lain..doakan kami ye..



p/s :mulut manusia nie susah nak tutup...kami sangat bahagia..bahagia nie sangat subjektif..jangan jadi batu api dalam hubungan kami...




Tuesday, January 22, 2013

Kelahiran Anak mama yang ditunggu-tunggu..


Alhamdulillah saya selamat melahirkan sorang putera pada 23.10.2012 tepat jam 10pagi...putera sy diberi nama
"muhammad rayyan al fateh bin mohd fauzi"

pengalaman bersalin..

suami sempat balik ke malaysia 2 hari sebelum due pada 19.10.2012...due 21.10.2012..
sempat lagi pagi tue berkunjung ke rumah mertua...perut xrasa sakit lagi..badan pun masih gagah lagi cuma sakit pinggang skali skale je... suami yang sememangnya risau ajak ke klinik pada petang tue untuk cek bukaan jalan tapi doc bgthu mmg tiada bukaan walaupun 1cm...doc nasihatkan tunggu keesokkan hari...

malam yang panjang..susah nak tidur..kaki kremmm tapi suami tido lena...takut nk kejutkan die bimbangg dia penat..pagi bangun bagitahu suami sakit pinggang sangat2..terus ke klinik desa..sakit dh mula tapi tanda2 turun darah atau air ketuban tiada lagi...
nurse nasihatkan terus ke hospital..tapi kami ke hospital privite..ambik mase 2jam sampai ke klinik..



sempat lagi peace walaupun tengah menahan sakit...
 sakit kejap datang,sekejap hilang....sempat lagi singgah tepi pntai minum air kelapa...
sampai di hospital ditahan di labour room..doc cek bukaaan baru 1 cm...tunggu di bilik untuk rehat...
petang tue sempat lagi ke kedai makan di pantai batu buruk...hihi..
ma dh start pesan mkn bnyk2 utk tenaga masa push baby..

malam tue tak lena tido walaupun tido atas bed dgn suami di hospital...pukul 1pagi rasa seperti turun darah...paggil nurse...bukaan baru 4 cm...sepanjang pagi tue mmg x boleh tido..sakit pinggang sangat2 sampai suami pun xboleh nk tidur..suami bergilir ngan ma di labour room..tunggu doc pagi esok untuk injection coz dah lewat 1 hari..

nurse inject tepat pukul 7 pagi terus start muntah2 sampai dah xde apa nak kuar lagi dalam perut nie...kepala berpusing..sesak nafas...nurse bagi bantuan oksigen..suami tak henti2 bagi semangat...
nurse hampir 4 org ajar cara2 nak push dgn betul..alhamdulillah,entah dari mane kekuatan akhirnya tepat jam 10 pagi lahirlah muhhamad rayyan al fateh bin mohd fauzi dengan 3 kali push....syukur padamu ya ALLAH lahirlah anak saya secara normal dengan berat 3.4kg walaupun dengan ketiadaan tenaga dan muntah2 sampai kuar air hijau..yekks..hihi...Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang tersurat untuk hambanya...Alhamdulillah kelahiran sulong nie begitu bermakna bagi saya dan keluarga memandangkan suami saya tinggal jauh atas komitmen kerja...


gambar beberapa minit selepas rayyan kuar dari perut mama...

terima kasih kepada suami tercinta,ibu tersayang dan keluarga sepanjang kelahiran ini sentiasa disisi dan tak putus berdoa supaya kami berdua selamat...Alhamdulillah...

rayyan selepas dimandikan
gambar hari pertama bersama papa dan mama..

Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers