Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Monday, October 1, 2012

Oktober..Sabar menanti kepulangan suami dan kehadiran cinta hati kami...


pejam celik..sekejap je...dah 37 weeks....nak ambik gambar pun dah xde mood da...
Insyallah mggu depan dah start cuti..cuti awl 2 mggu dari due...nak rehat2 kat umah..
dah tak larat sangat bawak kete pergi keje...kecian baby mama dalam perut nie kan...hihi

bila dah makin dekat nak bersalin nie..rindu suami..
kalau suami ada masa sarat nie kan bagus..
harap-harap suami ada masa mama ade kat labour nanti...
baby pun makin kuat tendang mama ye....
sampai malam2 mama nak tido pun x bleh ye...

tak sabar tunggu cinta hati kami nie kuar...
semoga dipermudahkan segalanya...amin Ya Allah...





Wednesday, August 29, 2012

Dugaan bila dah masuk 32w...


mood raya dah lepas kan kawan-kawan...tapi saya tak nak ketinggalan untuk mengucapkan selamat hari raye semua...maaf zahir batin ye...

Alhamdulillah sambutan raya kali nie diraikan bersama keluarga saya dan keluarga mak mertua...walaupun suami tak dapat beraye bersama2 tapi tetap disambut secara serderhana..
pagi-pagi raya tiba2 rasa sebak bila suami pagi2 dah call ucap selamat hari raya dan mintak jangan bersedih...

suami terpaksa beraya di perantauan memandang cuti hanya 3 hari...xberbaloi katanya nak pulang ke kampung...tak pe ye b..nanti dah sampai masa baby nak kuar jangan lupa cuti awl2 ye...

kandungan dah masuk 32w...sekarng masih lagi ulang alik dari kampug ke tempat keje...jauhnya mngambil masa dalam 40 minit...penat jangan cakap la macam mane..tapi kuatkan hati dan selalu ingat baby dalam perut ade buat teman..

bila dah dekat nak sampai due nie berdebar pun ade tapi dalam masa yang sama xsabar tunggu anak mama nie kuar....semoga semuanya selamat..harap2 suami ada disisi ketika di labour room nanti...
doakan untuk saya ye kawan2...

gambar hari raye :

adik lelaki...cover perut kecik dengan beg..hihi...

tema kuning tahun nie..:)
suami beraya di perantauan bersama kawan2 di sana..



Allhamdulillah...Moga Allah permudahkan segalanya..setiap kesusahan pasti akan ade kesenangan, susah itu adalah proses kita belajar untuk menjadi senang, halangan itu proses kita menjadi matang, kesakitan itu proses utk kita belajar menjadi kuat, dan kesedihan itu proses untuk kita belajar menjadi tabah...bila semua ujian Allah ini kita berjaya laluinya, maka akan tiba masanya Allah gantikan semua itu dgn ape yg kita pohon dan ape yg kita hajatkan..insyallah..Berserah kepada Allah dan bergantunglah kepada Allah..yakinlah Janji Allah itu pasti...amin

Saturday, July 28, 2012

7mth ++...Alhamdulillah Ya Allah..


Alhamdulillah..syukur sangat..anak mama membesar dengan jayanya..dah 7bulan dalam my tummy nie..sekejap je kan masa berlalu..papa pun dah sebulan pergi oversea...harap2 raya nanti papa balik la ye peluk baby nie...dah lame xjumpa papa...rindu...ish xmalu! baby ke mama nie yang lebih2 nie..hahaha

dalam sebulan nie banyak buat perkara tanpa hubby tersayang...terpaksa buat 4D tanpa hubby..nasib baik ada ibu tersayang n k.long yang temankan..tak la rasa sedih sangat kan...Alhamdulillah doctor cakap baby sihat cuma baby kecik je dlm perut nie..maaf ye baby..mama xde selera la nak mkn banyak2..rindu papa kot..nanti papa balik mama janji makan bnyak2 ye syg....

comel kan baby mama nie..xsabar tunggu baby kuar...:

satu je masalah mama nie..hb xpernah naik...minggu lepas kena ambik darah kat lengan..nurse takut ada masalah lain..harap xde masalah...mungkin xde selera makan kot sbb tue la HB selalu rendah je...doakan semua baik2 aje ye kawan2...Ya Allah..permudahkanlah segalanya...amin..

perut je besar...tapi badan tak naik pun
satu lagi nak cerita cara berhubung dengan suami..memandangkan kos tel sangat mahal..so kami mengguna kan sype untuk berhubung...dunia serba canggih kan..hari2 dapat tengok muke suami walaupun jauh kan..syukur sangat2...suami pun sihat disana...semoga hubby sentiasa sihat ye dan cepat2 balik ye...



:: Ya Allah..jadikan aku isteri yang disenangi suami..bukakanlah hatiku untuk menghayati AgamaMu..
bimbinglah aku menjadi isteri yang soleha..Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan..amin..

Sunday, July 1, 2012

6month...berjauhan tanpa suami disisi...


Sedar tak sedar dah 6 buln anak ibu dlm perut nie...semoga cepat membesar ye anak ibu...
29.06.12 suami selamat berlepas ke Abu Dhabi...dapat offer dekat sane...Alhamdulillah rezeki anak..dapat peluang keje yang lebih baik..s

isteri mne yang tak sedih..tapi pikir positif.peluang yang ade depan mate...bukan senang kan nak dapat peluang mcm nie...semoga suami baik2 je di sane...

bila dah terbiase suami disisi setiap hari terasa kosong je...kalau ade suami leh jgk gaduh2 manje...rindu setiap mase bersamanye...




doa untuk suami tersayang
"YA ALLAH YA TUHANKU,selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya.berkatkanlah rezeki yang suamiku cari.kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku sorang.bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya.elakkan suamiku daripadateringin kepada apa yang Engkau tegah.cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.amin ya rabbala alamin..

Tuesday, May 8, 2012

klinik kerajaan vs Klinik swasta..


lama dah buat buku untuk baby...buat kat kk sura..dekat je nga kawasan rumah...
En.suami cakap kan dah buat kat klinik swasta kenape still nak buat kat klinik gov?
bagi aku dua-dua ade kelebihan masing-masing
walaupun yang gov punya amat la lame servisnye tapi xsalah kalau untuk baby...
swasta punye memang la kalau nak dibandingkan dengan gov lebih selesa..tue pun sbb kita bayar mahal kan..kalau tak jangan harap lah dapat layanan istimewa macam tue  kan..
En.suami pulak kemarin kene bangaun awal pagi..kalau lambat bangun nanti ramai plak kat klinik gov tue..
biase la..bukan sorng dua preggy nie dalam subulan kan...
Alhamdulillah..murah rezeki ibu-ibu kat dunia nie..
baby dah masuk 4 bulan..dah semakin kurang alahan..ubat gigi pun terpaksa beli yg ibu2 mndung punye kalau tak mmg muntah tiap kali gosok gigi..
xpe demi anak sanggup tempuh..
perut pun dah nampak makin besar...nanti sya upload gambar ye kawan..ta daaa...lain kali post lgi..

kawan sek kahwin..tahniah ye nurul

Saturday, April 14, 2012

Peranan suami ketika isteri mengandung!



Info berguna untuk suami tersayang!
1. Melakukan banyak amalan sunat
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung ialah suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.  Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah dan rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Perbanyakan membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
Lebihkan membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi. Selain itu, suami juga digalakkan berpuasa sunat, pada hari Isnin dan Khamis. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
2. Kongsi Maklumat Kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah. Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.
Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri. Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.
3. Jaga Pemakanan Isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya. Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya.
Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya. Anda juga jangan kedekut untuk berbelanja lebih untuk membelikan makanan berkhasiat untuk isteri. Tidak hanya soal pemakanan, isteri juga memerlukan masa rehat yang mencukupi agar pembesaran janin tidak terganggu. Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.
4. Menjaga Perasaan Isteri
Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
Apabila berlaku perselisihan faham, selesaikan dahulu  sebelum masuk tidur. Yang paling penting, jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
5. Memahami Pengorbanan Isteri
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab yang berat itu.
6. Hindari Stress
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.
Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil. Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.
7. Temani Isteri Berjumpa Doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai. Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.
Mereka sanggup membiarkan isteri yang sarat hamil memandu sendiri atau menaiki bas untuk mendapatkan rawatan di klinik. Emosi isteri pastinya akan terganggu apabila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing ketika mendapatkan rawatan. Situasi ini sangat tidak sesuai buat isteri dan sebagai suami yang yang bertanggungjawab, anda perlu mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Berikan isteri anda semangat dan sentiasa menemaninya sewaktu susah mahupun senang.
8. Berada Di Sisi Apabila Isteri Bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadapisteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. tika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,
” La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin “
Maksudnya
” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. “

Tuesday, February 21, 2012

Alhamdulillah..


Doa untuk anak ibu

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.

Wednesday, February 1, 2012

Happy Birthdy Hubby 31:01:2012


selamat hari lahir buat hubby tersayang...dan tarikh nie jugak la 3 tahun yang lalu aku mula-mula kenal hubby aku..hihi..terima kasih sbb sudi terime diri seadanya..
bertuah rasanye dapat lelaki mcm nie...
kalau nak senaraikan memang jenuh nak menaip..yang paling best :

  1. selalu bangun awl kejutkan sembahyang..kadang2 rasa malu lak sebab selalu je bangun lewat..(..)"
  2. kalau time hubby tak keje selalu je masak untuk aku..(bestnye...)masakknnye lak kalah orang perempuan..hikhiks
  3. lagi satu..kalau suruh ape2 je cepat je dia buat..."hubby,nanti tolong jemur kain ye" cepat je dia buat..
  4. bab lauk pauk,aku nie kalau bab potong ayam memag fail..tak cantik macam hubby buat..haha selalu je lepas pergi beli ayam surah hubby potong siap2 dan masuk dalam peti..bertuahkan dapat suami macam nie..
  5. hubby tak suka kalau kereta basuh kat carwash..kadang2 tue kalau dia tahu aku nak basuh kat kedai cepat2 dia pergi basuh walaupun masa tue dah pukul 11 mlm..haha..kadang2 nak marah jugak rase..ye la..dah lewat2 malam..aishhh hubby nie..
  6. kalau bab makan dia suka habiskan makanan dalam pinggan aku..romantikkan??sbb tue la sekarang nie perut dah boroi aku tengok..haha
  7. hubby nie kadang2 best jugak..kalau aku nak balik umah mak aku..mesti keesokkan hari mesti balik umah mak dia plak...dia cakap kene adil katenye..haha..bagi aku..tak kisah pun sbb mak mertua aku sporting gile...
  8. dan yang lain2 tue secret la...haha...de part2 yang xbleh nak kongsi dalam nie..                - 

pesanan buat hubby : jaga diri elok2 ye...nanti kalau hubby sakit sape nak jage b plak...n maaf kalau b ade buat hubby sakit hati.hehe..

nota kaki::selalu je ingat pesan hubby "practice makes perfect"..

Monday, January 9, 2012

Tahun 2012...


Sekejap je kan masa berlalu...azam tahun lepas dah tercapai...Alhamdulillah ya Allah...nikmat yng diberikan pada tahun lepas....awal tahun dapat tawaran kerja...walaupun serba salah nak terima tawaran masa tue disebabkan tengah sambung stdy lagi...tapi bila difikirkan balik susah nak dapatkan kerja aku pun berhenti study dan terima tawaran kerja..pejam celik masuk bulan depan dah setahun aku kerja kt uitm nie...xpe la..kalau ada rezeki lebih nak sambung study lagi..insyallah..doakan ye kawan-kawan...




masuk bulan nie aku dah sebulan 14hari berkahwin..sebenarnya tak plan pun nak kawin secepat nie...tapi bila dah dapat kerja nie pihak lelaki cepat-cepat masuk merisik...tak sampai setengah tahun kerja aku bertunang..24.06.2011..masa berlalu cepat je kan tuptup dah nak kawen..plan sebenarnya nak buat tahun 2012 tapi maklumlah orang cakap bertunang nie banyak dungaannye kan...kami pun pilih 25.11.11 tanda ikatan suci kami bersatu.....

Alhamdulillah..dikurniakn suami yang memahami....thanks syg!


Azam tahun nie semoga yang baik-baik kekal dan rezeki bertambah-tambah..semoga aku dapat menjadi isteri yang solehah..anak yang taat kepada ibubapa..dan memberi yang terbaik untuk kelurgaku..dan semoga Allah s.w.t. memanjangkan usia kita semua dan melaksanakan ibadah dengan sempuarna..amin..:)


notakaki : kita selalu membuat orang lain gembira tapi kadangkala nak membuatkan diri sendiri gembira susah kan?

Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers