Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Saturday, April 14, 2012

Peranan suami ketika isteri mengandung!



Info berguna untuk suami tersayang!
1. Melakukan banyak amalan sunat
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung ialah suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.  Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah dan rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Perbanyakan membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
Lebihkan membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi. Selain itu, suami juga digalakkan berpuasa sunat, pada hari Isnin dan Khamis. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
2. Kongsi Maklumat Kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah. Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.
Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri. Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.
3. Jaga Pemakanan Isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya. Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya.
Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya. Anda juga jangan kedekut untuk berbelanja lebih untuk membelikan makanan berkhasiat untuk isteri. Tidak hanya soal pemakanan, isteri juga memerlukan masa rehat yang mencukupi agar pembesaran janin tidak terganggu. Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.
4. Menjaga Perasaan Isteri
Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
Apabila berlaku perselisihan faham, selesaikan dahulu  sebelum masuk tidur. Yang paling penting, jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
5. Memahami Pengorbanan Isteri
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab yang berat itu.
6. Hindari Stress
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.
Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil. Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.
7. Temani Isteri Berjumpa Doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai. Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.
Mereka sanggup membiarkan isteri yang sarat hamil memandu sendiri atau menaiki bas untuk mendapatkan rawatan di klinik. Emosi isteri pastinya akan terganggu apabila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing ketika mendapatkan rawatan. Situasi ini sangat tidak sesuai buat isteri dan sebagai suami yang yang bertanggungjawab, anda perlu mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Berikan isteri anda semangat dan sentiasa menemaninya sewaktu susah mahupun senang.
8. Berada Di Sisi Apabila Isteri Bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadapisteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. tika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,
” La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin “
Maksudnya
” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. “

Tuesday, February 21, 2012

Alhamdulillah..


Doa untuk anak ibu

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.

Wednesday, February 1, 2012

Happy Birthdy Hubby 31:01:2012


selamat hari lahir buat hubby tersayang...dan tarikh nie jugak la 3 tahun yang lalu aku mula-mula kenal hubby aku..hihi..terima kasih sbb sudi terime diri seadanya..
bertuah rasanye dapat lelaki mcm nie...
kalau nak senaraikan memang jenuh nak menaip..yang paling best :

  1. selalu bangun awl kejutkan sembahyang..kadang2 rasa malu lak sebab selalu je bangun lewat..(..)"
  2. kalau time hubby tak keje selalu je masak untuk aku..(bestnye...)masakknnye lak kalah orang perempuan..hikhiks
  3. lagi satu..kalau suruh ape2 je cepat je dia buat..."hubby,nanti tolong jemur kain ye" cepat je dia buat..
  4. bab lauk pauk,aku nie kalau bab potong ayam memag fail..tak cantik macam hubby buat..haha selalu je lepas pergi beli ayam surah hubby potong siap2 dan masuk dalam peti..bertuahkan dapat suami macam nie..
  5. hubby tak suka kalau kereta basuh kat carwash..kadang2 tue kalau dia tahu aku nak basuh kat kedai cepat2 dia pergi basuh walaupun masa tue dah pukul 11 mlm..haha..kadang2 nak marah jugak rase..ye la..dah lewat2 malam..aishhh hubby nie..
  6. kalau bab makan dia suka habiskan makanan dalam pinggan aku..romantikkan??sbb tue la sekarang nie perut dah boroi aku tengok..haha
  7. hubby nie kadang2 best jugak..kalau aku nak balik umah mak aku..mesti keesokkan hari mesti balik umah mak dia plak...dia cakap kene adil katenye..haha..bagi aku..tak kisah pun sbb mak mertua aku sporting gile...
  8. dan yang lain2 tue secret la...haha...de part2 yang xbleh nak kongsi dalam nie..                - 

pesanan buat hubby : jaga diri elok2 ye...nanti kalau hubby sakit sape nak jage b plak...n maaf kalau b ade buat hubby sakit hati.hehe..

nota kaki::selalu je ingat pesan hubby "practice makes perfect"..

Monday, January 9, 2012

Tahun 2012...


Sekejap je kan masa berlalu...azam tahun lepas dah tercapai...Alhamdulillah ya Allah...nikmat yng diberikan pada tahun lepas....awal tahun dapat tawaran kerja...walaupun serba salah nak terima tawaran masa tue disebabkan tengah sambung stdy lagi...tapi bila difikirkan balik susah nak dapatkan kerja aku pun berhenti study dan terima tawaran kerja..pejam celik masuk bulan depan dah setahun aku kerja kt uitm nie...xpe la..kalau ada rezeki lebih nak sambung study lagi..insyallah..doakan ye kawan-kawan...




masuk bulan nie aku dah sebulan 14hari berkahwin..sebenarnya tak plan pun nak kawin secepat nie...tapi bila dah dapat kerja nie pihak lelaki cepat-cepat masuk merisik...tak sampai setengah tahun kerja aku bertunang..24.06.2011..masa berlalu cepat je kan tuptup dah nak kawen..plan sebenarnya nak buat tahun 2012 tapi maklumlah orang cakap bertunang nie banyak dungaannye kan...kami pun pilih 25.11.11 tanda ikatan suci kami bersatu.....

Alhamdulillah..dikurniakn suami yang memahami....thanks syg!


Azam tahun nie semoga yang baik-baik kekal dan rezeki bertambah-tambah..semoga aku dapat menjadi isteri yang solehah..anak yang taat kepada ibubapa..dan memberi yang terbaik untuk kelurgaku..dan semoga Allah s.w.t. memanjangkan usia kita semua dan melaksanakan ibadah dengan sempuarna..amin..:)


notakaki : kita selalu membuat orang lain gembira tapi kadangkala nak membuatkan diri sendiri gembira susah kan?

Tuesday, December 20, 2011

KURSUS iNDUKSI 151/2011


Dikejutkan dengan email kene pergi induksi 05.12.2011..baru seminggu kawin dah kene tinggal En.Suami..
mula2 tue ingat nak tunda je...tapi bila difikirkan balik baik pergi dulu..senang cikit..tak payah fikir banyak2...

Kursus ni penting taw dan wajib bagi semua pegawai baru yang bekerja dalam Perkhidmatan Awam sebelum mereka disahkan dalam jawatan. 

Tujuan utama  Kursus ni diadakan untuk memastikan pegawai baru bekerja dapat memberikan perkhidmatan terbaik , cemerlang serta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya kerja.Ce wahhh...haha..

Pasal majlis  Sanbut Menantu sepatutnye tarikh sambut menantu diadakan pada 09.12.2011...kene tunda la sebab aku balik dari pusat latihan 15.12.11..walaupun dah ramai jemput terpaksa lah buat kad tunda tarikh 17.12.11...

dua minggu dekat perak..aduhai..bukan setakat bosan..rindu dekat rumah makin bertambah-tambah..
nasib baik la En Suami memahami....okey,panjang lebar duk menaip nie jom layan gambar-gambar sepanjang induksi..nanti entri lain aku post gambar sambut menantu ye...









Wednesday, November 30, 2011

Syukur Ya Allah!




Alhamdulillah Ya Allah....

salam semua...tarikh 25.11.11 selamat di ijabkabulkan dengan pasangan mohd fauzi bin mohd nor..
semuanya berjalan dengan lancar walaupun pihak lelaki dtg lewat ckit...kawan2 yang datang semua terima kasih ye...kalau ada yg terkurang mase majlis kami saya mohom maaf ye...biase la xsemua saya dapat layan dlm 1 masa..harap2 korang memahami..
mggu depan kursus induksi 2 minggu..kesian Encik suami tinggal sorang2..
nanti balik kursus kite pergi honeymoon ye..hikhik..




















nota kaki :walau sape pun awak,
saya harap dapat jadi yang terbaik buat awak.

Tuesday, November 8, 2011

Doa Nabi Yunus dalam perut ikan paus


Just want to share...i'm not pious, tapi benda yang baik, tak salah untuk dikongsi

Dulu masa aku kecik-kecik, ustazah kat sekolah aku selalu ajar doa nie
Katanya, kalau dalam kesusahan tak kira apa pun, bacalah doa ni.

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

La ilaha illa anta.subhanaka inni kuntu minaz zolimin


Maksudnya:
"Tidak ada Tuhan sebenarnya disembah melainkan engkau,Ya Allah.Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim"

Gambar hari raya haji bersama k.long..:)

Sunday, October 30, 2011

Undangan Perkahwinan 25.11.11


pejam celik dah xlama kan...kalau ikutkan banyak lagi yang tak disiapkan...tp tak pe la..buat sekadar yang berkemampuan asalkan semuanya selamat dan berjalan dengan lancar...


kembali kepada topik asal saya :





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dengan penuh rasa hormat, ikhlas dan rendah diri, 
saya & pasangan (Nur Ayunni Bt Mat Rudin & Mohd Fauzi Bin Mohd Noor) 
ingin menjemput semua yang mengenali kami untuk hadir ke majlis perkahwinan kami berdua seperti berikut:



Tarikh   : 25 November 2011
Hari      : Jumaat
Alamat  : K-4,Jalan kristal,23200 Bukit Besi,Dungun,Terengganu




kepada blogger diminta sms/inbox alamat yer untuk penghantaran kad jemputan.
Terima kasih bagi yang memberikan kerjasama, jemput hadir yer semua. 


Doakan kami berdua bahagia & berkekalan hingga akhir hayat dan sentiasa dimurahkan rezeki..amin :)















“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin mohd fauzi dan nur ayunni. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia 
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Saturday, October 22, 2011

Akad Nikah


"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."Bunyi mcm sng? Nah ni makna sbnrnya.."
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


"Aku tanggung dosa2 si dia dr ibubapanya,apa saja dosa yg si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bkn lg ibubapa si dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela msk neraka & malaikat Zabaniyah melibas bdnku sehingga pecah.."- Ustaz Zamri


jumpa blogger dari k.trg..nasuha suhada..cantik nama mcm tue la cantik empunye diri...

nota kaki :"kesetiaan perempuan diuji apabila si lelaki tidak mempunyai apa-apa pun dan kesetiaan lelaki pula diuji tatkala dirinya mempunyai segala-galanya."





Tuesday, October 11, 2011

Sempat ke Tak nie??




Lagi 1 bulan 1 minggu 5 hari lagi ke hari itu..Tak ingat pun. Tengok ticker je.haha
Checklist untuk 1 bulan ni untuk mengingatkan diri yang hari makin cepat berlalu...duit pun makin lama makin nipis nie..aduhai...banyaknye pakai duit..xpe la kate org : "sekali seumur hidup"


Sekarang asyik fikir nak enjoy je. Malas rasanya nak prepare wedding..

checklist balik!


1. Tarikh :
Nikah : 25 November 2011 (pagi)

Resepsi : 25 November 2011 (lepas jumaat)
Bertandang: 2 December 2011 ( x confirm lagi )

2. Theme & concept:
Nikah :  Pink + White Done
Resepsi : Dark Purple + Soft Pink + Grey Done
Bertandang : To be confirmed

3. Legal documents:
Kursus kahwin: Done
Hiv Test: Done
Borang Kebenaran Nikah:  Done

4. Venue
Nikah : Masjid Bukit Besi
Resepsi : Rumah -Bukit besi
Bertandang: Rumah :Kerteh

5. Catering/Canopy
Nikah :  (mom’s task) Pending -warna pink xde
Resepsi : mom uruskan
Bertandang: Pending

6. Pelamin
Nikah : pelamin-Done (pakej)
-Decoration: Flower paper (To be confirmed)
-Design: Done
-Bantal nikah: Pending
Resepsi : Already paid deposit RM500. Balance-Pending
-Dais & Decoration: Pending
-Design: To be confirmed
Bertandang: Pending

7. Photographer
Nikah : Done (Miezan) -Already paid deposit RM900. Balance-Pending
Resepsi : Done 
Bertandang: Pending
Choices of pose: Pending


8. Makeup
Nikah: Done
Resepsi: Done
Bertandang: Done

9. Doorgift
Nikah: Done
-isi dalam: Done
Resepsi:  Done
-VIP doorgift:Done 
-Guest doorgift: Pending.
Bertandang:Pending

10. Hantaran
Bilangan dulang: 9 berbalas  (done)
Hiasan my mom 

11. Invitation Card
Vip 300pcs -Pending (balace RM 250)
500pcs - Done
700pcs -Done

12. Cake
Nikah: Mak saudara uruskan
Resepsi : pending
Bertandang: Pending


13. Jurunikah/Pembaca doa
Nikah: Jurunikah-Done
Resepsi: Pembaca doa-Pending
Bertandang: Pending

14. Guest List
Nikah: 100 invitees. To be confirmed
Resepsi: 1200 invitees. To be confirmed

15. Dresses for family
Resepsi: His family & her family.
His family:Light purple - Done
My family: Red - Done
Bertandang: Pending

16. Bilik pengantin
Katil: Pending

17. Facial/Massage/Inai
Pending

18. Honeymoon
Pending


19. Pre/Post Wedding
Photographer: (Pre-zahiruddin) 
Theme: Done

(Post) Miezan
Theme: To be confirmed
Outfit: Pending
Location: To be confirmed
Date: To be confirmed


sabar-sabar..insyallah sempat...
Doakan semua berjalan lancar ye..:)




nota kaki :  Terima kasih en.Tunang sbb menjadi tunang yang baik,kawan yang baik,abang yang baik dan musuh yang sangat baaaaiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!




dan semoga menjadi suami yang baik yeee..:)



Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers