!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
di bawah nie aku sertakn etika bedah siasat menurut islam :
Kaedah melakukan bedah siasat mayat bukanlah sesuatu yang mutlak. Individu atau kumpulan yang terlibat dalam urusan bedah siasat mayat perlu memenuhi etika yang digariskan oleh syarak antaranya, menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia.
Semua Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam proses bedah siasat hendaklah menghormati mayat seperti manusia yang masih hidup. Islam menyuruh orang yang masih hidup supaya menjaga kemuliaan, hak-hak dan kehormatan orang yang telah mati sepertimana orang hidup tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Islam melarang seseorang menganiayai seseorang yang lain sama ada pada diri, maruah dan harta mereka. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Israa‘ ayat 70. Maksudnya:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”
Menyegerakan Urusan Bedah Siasat Mayat
Urusan bedah siasat mayat hendaklah dijalankan dengan segera supaya selaras mengikut kehendak syarak yang mewajibkan mayat diuruskan dengan segera, sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Segeralah penyelesaian pengurusan jenazah kerana kalau ia jenazah orang soleh maka bererti kamu menyegerakan kepada kebaikan dan apabila sebaliknya (mayat yang tidak soleh) maka bererti kamu telah melepaskan kejahatan dari bahumu”. (Riwayat Muslim)
Kebenaran Waris
*
Bagi kes-kes bedah siasat klinikal, Pegawai Perubatan Kerajaan perlu mendapat kebenaran daripada waris untuk melakukan bedah siasat.
*
Bagi kes-kes bedah siasat medicolegal kebenaran dari waris tidak diperlukan untuk melakukan bedah siasat.
Melakukan Bedah Siasat Dengan Cermat (tidak kasar)
Pembedahan hendaklah dilakukan dengan cara cermat supaya tidak merosakkan kehormatan dan kemuliaan mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; Dari Aisyah r.a. Rasulullahlah s.a.w. bersabda;
“Memecahkan/mematahkan tulang mayat sama seperti memecahkannya /mematahkannya sewaktu hidupnya”.
(Riwayat Abu Daud)
Melakukan Bedah Siasat Mayat Setakat Yang Diperlukan Sahaja
Bedah siasat mayat yang dilakukan tidak boleh melampaui batas atau had rukhsah yang dibenarkan kerana mengambil kira hukum asal menyakiti mayat adalah haram. Oleh itu, bedah siasat mayat boleh dilakukan ke atas mana-mana anggota mayat yang diyakini boleh membantu mencapai matlamat pembedahan dan mengenal pasti sebab-sebab kematian.Ini bersesuaian dengan kaedah fiqhiyyah iaitu ‘perkara dharurat adalah dikira mengikut kadarnya’.
Menjaga Aurat Mayat
Orang yang melakukan bedah siasat mayat hendaklah tidak boleh dengan sengaja melihat aurat mayat kecuali pada kadar yang diperlukan sahaja. Diriwayatkan dari Saidina Ali k.m.j., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Janganlah kamu nyatakan (perlihatkan) paha mu,dan janganlah kamu memandang kepada paha orang hidup dan orang mati”.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Mayat seboleh-bolehnya diuruskan oleh petugas dari jantina yang sama. Kaedah ini merujuk kepada keputusan Persidangan Majma‘ al-Fiqh al-Islami (IslamicFiqh Academic) di Brunei Darussalam pada 21-27 Jun 1993 mengenai wanita yang ingin mendapatkan rawatan perlu mengikut keutamaan berikut;
a. Doktor perempuan Muslim pakar
b. Doktor perempuan bukan Muslim pakar
c. Doktor lelaki Muslim pakar
d. Doktor lelaki bukan Muslim pakar Islam mengharuskan rawatan lelaki terhadap perempuan dan sebaliknya dengan syarat-syarat seperti berikut;
*
Tidak bersendirian
*
Menahan pandangan mata
*
Menyentuh di tempat yang berkaitan
*
Menyediakan doktor pakar mengikut jantina
Menjaga Rahsia Mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam bedah siasat mayat hendaklah menyimpan rahsia mayat, iaitu tidak mengaibkan dan tidak mendedahkan keadaan mayat kepada pihak yang tidak berkenaan.
Tidak Menghina, Mencemuh dan Memaki Mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan kerajaan yang terlibat dalam pengendalian mayat tidak boleh menghina,mencemuh atau memaki mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasulullahlah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”. (Riwayat at-Tirmizi)
Mengambil langkah-langkah keselamatan
Pegawai dan Petugas perubatan kerajaan yang menjalankan bedah siasat mayat hendaklah mengambil kira langkah-langkah keselamatan terutamanya dalam pengendalian mayat yang berisiko terutamanya bagi kes penyakit berjangkit.
Menguruskan mayat dan sampel kajian (organ atau tisu) selepas bedah siasat dengan sebaik-baiknya:
*
Anggota mayat yang dibedah hendaklah dijahit semula dengan kemas.
*
Semua organ atau tisu yang diambil untuk kajian hendaklah dikembalikan kepada mayat sebelum mayat disempurnakan dan dikebumikan.
*
Bagi kes yang memerlukan kajian dan penyelidikan ke atas sampel dari mana-mana anggota mayat yang memakan masa lama (disimpan bertahun-tahun dalam makmal) kerana kekurangan pakar, penyakit masih tidak dapat dikenal pasti, kekurangan alat dan sebagainya, maka jenazah hendaklah di sempurna dan dikebumikan dahulu. Manakala organ atau tisu yang diambil untuk kajian hendaklah ditanam atau diserah kepada waris atau pihak bertanggungjawab.
*
Kajian dan siasatan ke atas sampel yang diambil hendaklah dijalankan dengan segera.
Tidak Mengambil Tisu atau Organ Mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan tidak dibenarkan mengambil mana-mana tisu atau organ daripada mayat yang dibedah siasat melainkan dengan kebenaran undang-undang. (Akta Tisu Manusia 174 - Akta 130).
Orang Yang Dibenarkan Hadir Semasa Bedah Siasat Mayat
Hanya petugas bedah siasat mayat dan pihak berkuasa yang berkaitan sahaja dibenarkan berada di dalam bilik bedah siasat semasa bedah siasat dijalankan.
Why I English
2 months ago
Erm mengerikan laa gmbar tue kan..
ReplyDeleteCiannya ibu dan ank nya mati dlm perut..Azab nya mayat tue kan..
masya allah...
ReplyDeletedie ke bunuh ke?
Sadisnya pic tu..
ReplyDeleteadoiiii
ReplyDeletekne bunuh ker 2?
ReplyDeleteMasyaAllah...sedih dan sayu lihat gambar ni...
ReplyDeleteJika ia nya Muslim...ternyata etika mengurus mayat tidak dipatuhi sama sekali...na'uzubillah!
nauzubiilah
ReplyDelete