Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Sunday, October 24, 2010

Berpegang Pada Janji...


Kisah di bawah ini berkisarkan tentang seorang pemuda yang cukup berpegang pada janjinya. MashaAllah. Semoga saya dapat mencontohi kejujuran dan tawakkal beliau. Diri ini masih perlu banyak sangat untuk diperbaiki.

Sahabat, jom baca sama-sama. Moga ada manfaatnya,

Meminjam Bersaksikan ALLAh

Imam Bukhari ada menyebut dalam sahihnya bahawa seseorang daripada Bani Israil pernah meminta tolong kepada seorang Bani Israil yang lain untuk meminjam wang kerana dia sangat memerlukan wang itu. Wang yang ingin dipinjam adalah sebanyak 1000 Dinar. Maka, orang yang ingin meminjamkan itu bertanya..

“Adakah kamu mempunyai saksi?”

“Saya tidak mempunyai saksi selain ALLAh SWT,” jawab si peminjam.

“Cukuplah ALLAh itu sebagai saksi kita. Seperkara lagi, adakah kamu mempunyai penjamin?” bertanya lagi.

“Saya tidak mempunyai penjamin kecuali ALLAh..” jawab si peminjam lagi.

Maka orang yang meminjamkan wang itu berkata, “Baik. Cukuplah ALLAh sebagai pelindung.”

Wang 1000 Dinar itu pun telah dipinjamkan. Kemudian, orang yang meminjamkan itu pergi setelah keduanya selesai menyepakati perjanjian mereka. Tempat tinggal antara mereka dipisahkan oleh sebuah sungai, dimana jika seseorang hendak ke seberang.. Perlu ada perahu untuk membawa mereka ke seberang.

Tibanya hari untuk si peminjam membayar kembali wang yang dia pinjam. Lalu dia menunggu dan berdiri di tepi sungai dengan harapan ada perahu yang akan membawanya ke seberang untuk pergi ke rumah orang yang baik hati itu. Setelah lama menunggu, perahu untuk membawa penumpang masih belum kunjung tiba. Sehinggalah malam menyapa dunia…

Pergantungan Kepada ALLAh

Setelah hampir semalaman menunggu, maka di peminjam berdoa kepada ALLAh.

“Ya ALLAh, dia meminta kepadaku saksi namun tidak aku perolehi saksi selain engkau. Dia juga meminta penjamin, namun tidak aku perolehi penjamin selain engkau. Ya ALLAh, sampaikan surat ini.”

Dia mengambil sepotong kayu, kemudian dibelahnya kayu itu dan dia memasukkan wang yang telah dipinjamnya bersama sepucuk surat ke dalam kayu. Selepas itu, kayu itu dirapatkan semula dengan ikatan dan dia mencampakkan kayu itu ke dalam sungai dengan harapan yang tinggi, semoga ALLAh bersamanya ketika itu.

Dengan izin ALLAh, semua boleh jadi!

Sementara di seberang sana, si pemberi pinjam wang juga turut menanti kedatang si peminjam wang kerana berpegang pada janji mereka. Keadaan mereka sama. Dia berdiri di tepi sungai dan tiada sesiapa pun muncul pada masa itu. Maka, sementara menunggu, terdetik dihatinya untuk memungut kayu api buat bekalan kayu di rumah.

“Baik saya ambil kayu api untuk keluarga di rumah..”

Setelah berfikir seperti itu, tiba-tiba dia terlihat kayu yang terapung di tebing sungai dan dibawanya pulang ke rumah. Setibanya di rumah, kayu itu dibelah dan dia mendapati ada wang sebanyak 1000 Dinar dan sepucuk surat di dalam kayu itu. Maka tahulah dia, wang itu telah dihantar oleh sahabatnya yang meminjam darinya.

TAMAT.

Pengajarannya, kerana tawakkalnya dan kerana pergantungannya untuk menjadikan ALLAh sebagai saksi, maka ALLAh pun menolong orang itu dengan cara yang dikehendaki-Nya! Dan oleh kerana yang melindungi perjanjian itu adalah ALLAh, maka ALLAh menyampaikan pesanan itu dengan cara yang sangat indah!

Membaca kisah ini, saya teruja. Betapa indahnya tawakkal kepada ALLAh setelah berusaha. Memang ALLAh tidak pernah mensia-siakan harapan para hamba-Nya.

Wallahu’alam.
Semoga ALLAh merahmati kita semua..InsyaAllah

9 comments:

  1. hope kita boleh contohi dia..
    manusia sekarang ramai yg mungkir janji..susah tul..

    ReplyDelete
  2. bagusnya kan... tapi zaman dolu2 memang ramai orang macam gitu kan.... mudah-mudahan kita pon sama orang yang berpegang pada janji... amin

    ReplyDelete
  3. ewah2....pandai sungguh berbicara...
    manis nya mulut bak madu....
    manis lagi pic ..merah menyala nih..keh3

    ReplyDelete
  4. nice sharing.. salah satu ciri2 org munafik adalh org yg suka memungkiri jnji..moga dijauhkan

    ReplyDelete
  5. yg penting kita yakin..betul tu.

    ReplyDelete

conteng lar ckit....

Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers