Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Wednesday, December 1, 2010

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???






Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!??


13 comments:

  1. yess!! setuju! pandai suruh orang perempuan belajar itu ini..
    tapi bila kena batang hidung sendiri..amek kau! haha
    :p

    ReplyDelete
  2. a ah...betol jugak tu...

    tapi susah kita nak pertikaikan tu..nanti kita dikata melawan suami..hahaha

    ReplyDelete
  3. tapi pompuan skang bkn pandang pon laki reti jadi imam ke x

    ReplyDelete
  4. Yes! makna kata kalau diri tak perfect jgn expect orang lain pun! sambil singgah dan follow from http://www.hafizahkesidang.com

    ReplyDelete
  5. salam..

    info yang menarik..

    sepatutnya tak berlaku mcm tu.. suami perlulah menjadi imam dalam sesebuah rumahtangga...rumahtangga yg dibina akan lebih berkat jika berbiat demikian..

    Kewajiban paling utama, tanggung jawab paling besar, dan amanah paling berat adalah pendidikan terhadap keluarga dan bimbingan untuk rumah tangga, berawal dari diri sendiri kemudian isteri, anak-anak , dan ahli2 yang lain. Inilah yang dimaksud firman Allah:

    "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa ang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (QS. 66:6)

    bagi isteri yang tak pandai masak pula, belajarlah..tak semua suami menjadi terlalu cerewet kan?...

    sekamar rindu

    ReplyDelete
  6. Tak ingat di mana pernah Kak Azie komen tentang perkara ini.

    Memang wanita sekarang ramai yg tidak sempat belajar masak kerana sibuk belajar dan belajar setinggi yang mampu...

    tapi bila semakin matang, semakin ada kesedaran bahawa skill memasak adalah dorongan kasih sayang juga.

    Jangan risau, bila hati sudah kasih dan sayang, malah sudah sanggup susah senang bersama, apalah sangat isu memasak ini...

    ReplyDelete
  7. setuju sangat sangat !
    pandai suruh bini buat macam2
    tapi bukan nak pikir diri sendirikk
    acech mya ni,sesuka hati jea

    ReplyDelete
  8. salam....

    selamat menyambut maal hijrah...1432H..
    moga kita dirahmati Allah swt selalu hendakNya..

    ReplyDelete
  9. http://adolescents-hacker.blogspot.com/

    jom lwat blo sy...ad bnda pntg yg awak msti tau....

    ReplyDelete
  10. salah tu.. ntt laki nk makan apa?? :)untuk laki2 yg xtau nk jadi iman pi la solat kt masjid.. bru x kantoi.. hahaha..

    ReplyDelete

conteng lar ckit....

Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers