Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Thursday, February 10, 2011

Adab Minum Rasulullah S.A.W..


Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.




Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:



1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)

2. Mencuci perut

3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak

dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar

4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu

5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.



Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.



Minuman Manis dan Sejuk



Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"



Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).



Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"



Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.



Ringkasan adab minum :



1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan

2. Bacalah " Bismillah"

3. Minum dengan tiga nafas

4. Minum dalam keadaan duduk

5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.

6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah

7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri

8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawas aki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

p/s : jadi korng kene la selalu minum air saki baki org lain ye..tue kan ubat..peace...:)


10 comments:

  1. salam...
    selalu juga saya minum
    honey lemon..bagus untuk
    mengelakkan batuk..ermm
    cantik gambar pengantin?
    Si tudung biru bila lagi?

    ReplyDelete
  2. tibe2 rasa bersemangat nak minum air hehe..


    mencicip tu ape?

    ReplyDelete
  3. bekas husbang, anak, my father ada la..yang lain tak penah..macam geli la...thanks for sharing ye.
    hu.hu

    ReplyDelete
  4. ahah :) selalu je minum air bekas mak. memang ubat mujarab tu. *baru tahu *__*

    ReplyDelete
  5. yeke??..saya suka limau ais..hehe~!

    ReplyDelete
  6. kwn saya selalu minum air bekas saya,.. tapi sya tak suke kalau org dh minum,pas tu sya kene minum..geli... so, cm ner?

    ReplyDelete
  7. air baki orang? ermm .. rasanya kena pilih juga tu. Nanti kena yang tak gosok gigi ke atau yg kaki perokok ke .. adoii ..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, terima kasih kerana info yang sangat berguna ini...

    ReplyDelete

conteng lar ckit....

Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers