Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Monday, May 23, 2011

Bertunang = Bercinta ??


Salam semua...
lame x update...mfla skrg nie sibuk dengan pendaftaran pelajar baru ditambah plak dengan kursus n kerja2 lain...entri nie nak cerite pasal" ISU PERTUNANGAN…"...sebenarnye sy keliru dengan beberapa soalan n hasil carian sy nk kongsikan dlm entri kali nie....
1 ) adakah memg di sana terdapat RUKUN TUNANG sbg mana wujudnya juga RUKUN NIKAH dan beberpa perkara      lain spt mana juga isu KAWIN?
2)  apakah konsep dan definisi PERTUNANGAN itu sndiri ?
setau sy, bertunang itu adalah apabila DIIKAT PERJANJIAN antara lelaki dan perempuan utk dijadikan pasangan yg SAH…
jadi, wajarkah kalau muda mudi hari ini yg bercinta boleh DIKATAKAN BERTUNANG ? >> walaupun mgkin pada ‘dasarnye belom mengiktiraf…sbb x de hadiah , cincin dsb…'
statements di atas bukanlah ditujukan kpd PASANGAN MUDA-MUDI YG BERFOYA2 di luar sana… hehe… khas buat mereka yg benar2 dah jumpa pasangan daaa… (ceh mcm aku ni dah ade jee…ahakss..)

jawapan:
sebenarnya masyarakat khususnya msyarakat M’sia kurang memahami apakah itu konsep peminangan pad pandangan syariat. Mereka menganggap pertunangan hanya berlaku melalui majlis2 spt yg dilakukan oleh kita hari ini. Apapun, yg jelas, tunang itu hukumnya sunat dan dijelaskan dalam tuntuan agama Islam.
Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang makruf. Dan janganlah kamu berazam (bertetap hati) untuk berakad nikah sebelum habis iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahi apa yang ada dalam hatimu, maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. (QS. 2:235)
Dr Saalih ibn Ghaanim al-Sadlaan, Prof Syariah Universiti Islam Muhammad Ibn Sa’ud, Riyadh mengatakan bhw pertunangan itu hanyalah meminta kebenaran utk berkahwin serta persediaan awal ke arah perkahwinan. Adapun amalan2 yg biasa berlaku di kalangan masyarakat bukanlah tuntutan syara’. Bahkan beliau berpendapat dgn lebih keras iaitu cincin yg dihadiahkan sempena pertunangan merupakan bid’ah krn ia merupakan amalan Kristian.
Sheikh Atiyyah Saqr dalam Seen wa Jeem lil mar’atil muslimah menyatakan pertunangan itu hanyalah perjajian utk berkahwin dan tidak semestinya berkahwin dan harus kedua belah pihak utk memutuskannya. Sebrg hadiah yg diberikan ketika pertunangan itu hanyalah sekadar hadiah dan tidak terdapat sebrg nas mengenai hak harta yg mereka berikan antara satu dgn yg lain. Dgn kata lain, jika terputus tunang, hadiah2 itu tidak bleh dituntut kembali krn ia tiada hak ke atas pemberian itu lagi. Namun, tidak dinafikan mazhab fiqh ada yg membahaskan isu pemberian ini dgn lebih detail berdasarkan ijtihad mereka.
Definisi di atas juga diberikan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa Muasirah. Beliau menjelaskan lagi, pertunangan itu tidak menghalang apa2pun melainkan mencegah pihak lain meminang gadis itu.
Rasulullah saw bersabda, “Jgn ada di antara kalian yg melamar wanita yg telah dilamar saudaranya.”[Hadis muttafaqqun 'alaih]



adakah memadai membuat perjanjian antara si lelaki dan perempuan.. even tanpa memaklumkan kpd ibu bapa?

Kita perlu ingat, utk berkahwin, wali menjadi salah satu rukunnya. Tanpa wali maka pernikahan tidak sah. Jadi, bagaimana pula boleh berlaku pertunangan tanpa pengetahuan ibu bapa sedangkan pertunangan itu merupakan satu ikatan perjanjian utk berkahwin?
Sheikh Abu Ishaq al-Atsari dalam kitabnya al-Insyiarah fi Aadaabin Nikah mengatakan di bawah bab melamar isteri, “Setelah itu, hendaklah ia pergi melamar pilihannya itu kpd walinya…”
p/s : bertunang tue bleh tp perlu ikut konsep pertunangan menurut islam..(tp kalau kawin terus lagi baik...hehe)

9 comments:

  1. info yg baik dan sesuai dijadikan panduan :)

    thanks for sharing :D

    ReplyDelete
  2. NURAYUNI, awak memang AYU. moga mendapat jodoh yang baik dan bertanggungjawab.

    nanti kalu nak bertunang, ikutlah yang paling mudah dan mengikut hukum yang betul.

    ReplyDelete
  3. Tunang tu sebenarnya adat je. Tak wajib pon :) Kalau i , i prefer kahwin terus . Heh .

    ReplyDelete
  4. salam..
    bertunang itu perlu dalam islam untuk mengikat janji..tapi perlu kurang di hebohkan..kerana takut tak jadi dan jangan lama, takut bermaksiat pula nanti..perkahwinan itu wajib bagi yang mampu serta perlu di heboh kan perkahwinan itu agar orang tahu..wallahualam.

    ReplyDelete
  5. yg pasti tunang hanya tanda, hal2 lain sam,a je dgn bercinta slagi belum bernikah :) hooh paham ke tak ni ? kuikui

    ReplyDelete
  6. Mustahil lah Ayu seayu macam ni takde yang punya...

    Oh ya... tunang sekarang semacam satu bentuk halal..

    "Biarlah.. tukan tunang orang"eur

    ReplyDelete
  7. thanx for sharing...tunang ni perlu..tapi jangan terlalu megah2...skg ni tunang punye majlis dah macam kawin dah ayu tgk...ehee....

    yup2..ayu pon nak kawin terus...banyak kos tunang2 ni..

    ReplyDelete
  8. salam, i need your help for my tesis. it's about parenting skill. harap puan dapat memberi kerjasama. harap puan dapat email saya di elly_fazliya@yahoo.com. terima kasih puan.

    ReplyDelete
  9. salam, i need your help for my tesis. it's about parenting skill. harap puan dapat memberi kerjasama. harap puan dapat email saya di elly_fazliya@yahoo.com. terima kasih puan.

    ReplyDelete

conteng lar ckit....

Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers