Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Sunday, July 31, 2011

Tiba-Tiba...


Semalam dikejutkan dengan berita ibu rakan sekerja k.ina
yang telah kembali ke rahmatullah Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu k.ina..



nota : Salam ramadhan tuk semua umat islam sedunia. . . .semOGa raMadhan kali ini mendaPat rahMat   dariNya. .

Friday, July 29, 2011

Calon menantu..


Assalamu'alaykum Warahmatullahi Wabarakaatuh…….

Duhai Ibu ..

Sebelum saya terus menggores kata dalam tulisan ini..

Izinkan lah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu

Perkenalkan saya adalah wanita biasa dengan kepribadian yang teramat biasa..
dan dari kalangan keluarga yang biasa saja…

Saya bukanlah Khadijah ra..
Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita Islam…dan teramat Mulia

Saya bukanlah Aisyah ra..
Seorang yang utama dalam ketakwaannya…..

Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat utama dalam Ketabahannya……..
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya……….

Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya…….

Duhai Calon Ibu mertuaku...
Seperti yang saya katakan,….saya hanya wanita biasa,…
Dengan ketakwaan yang biasa….

Ketabahan yang tak seberapa,…..
Dan kecantikkan saya pun tak pantas di perhitungkan….

Namun ibu,….
Saya adalah wanita akhir zaman,….

Yang punya cita -cita, menjadi wanita Sholehah…
Yang akan berusaha mengabdi pada calon Suamiku..

dan juga padamu…..Calon Ibu mertuaku….
Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu….

Tapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu..
Dan kelak pada mujahid – mujahida ku..calon cucu mu duhai ibu,…..

Duhai ibuku sayang..
Engkau tak perlu khawatir ibu,…

Saya tak akan memonopoli perhatian anak mu…
Justru saya akan menjadikannya lebih taat padamu,….

Karena akan saya katakan padanya bahwa….
Engkaulah yang utama patut mendapat perhatiannya lalu saya…

Saya pun tak akan marah...
Jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku,..

Karena sebagai wanita yang baru menikah patutlah saya belajar darimu yang berlimbah pengalaman….

Dan engkau yang lebih tau keinginan anakmu…..

Duhai, Calon ibu mertuaku….
Saya harap kita akan menjadi rakan yang baik,…

Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahasia antara aku dan anakmu…
Perlu banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami,….

Duhai Ibu..
Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan…

Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin berbagi….
Karena sekali lagi saya bukanlah Siti Hajar yang sabar dalam penderitaan….

Saya hanyalah wanita biasa ..
yang sentiasa memerlukan bimbingan dari ibu mahupun anak ibu..

Teriring Salam Sayang,

Calon Menantumu...

nota kaki : dapat email pagi tdi..

Saturday, July 23, 2011

Dating + Bergambar..


Biasenye cuti2 hujung minggu nie duk umh je...payah nak jmp En.Tunang...maklumlah sibuk sangat nga kerjanye..kebetulan pada hari sabtu En.Tunang free..aku ape lagi..cepat2 ajak die ambik gambar outdoor kt k.trg..lokasi area masjid terapung je..

Bukan main seronok lagi aku nie..nk pakai baju sama kononnye..hampeh...En.Tunang plak pakai baju kaler merah..terpaksa la pakai tudung kaler merah nak samakan nga En.Tunang...hihi...

Time kaseh kepada En.Zahir coz susah payah memberikan arahan kepada kami berdua dan layanan baik yang diberikan..maklumlah..dua2 macam kayu bile berposing...hihi..gmbar pun dah jadi macam patung..nampak sangat kan xpndai berlakon..hehe..

Okey..kat bawah nie nak promote ckit pakej2 yang ditawarkan oleh En.Zahir...dan pakej2 yang ditawarkan sangat2 murah dan berbaloi2..nie link die...http://www.zahir-photography.com/.....jom layan gambar aku bersama En.Tunang...







U jump i jump..haha








degil sgt..haha..kan dah kene..




Nota kaki : Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera...

Wednesday, July 13, 2011

Aktiviti Hujung Mggu...


Sekarang tangah sibuk usha2 barang kawen..tue pun kalau saya en.tunang xkerja...
jumpa En.Tunang pun x sekerap dulu...kuat sangat kerja kot nak pikir pasal urusan kawin kami nie..
maklumlah sekarang nie kalau buat majlis kawin bukn ckit memerlukan duit kan..
paham2 je skrg nie barang semua mahal kan...
kalau korang ade2 nak cadangkan untuk kami bolehlah ye..kami pun tengah pening nie..
kat bawah nie saya senaraikan ye..:

  • Butik untuk kami sewa baju + pelamin**tema pelamin putih (area terengganu je taw...hikhik)
  • Pakej fotografi ( impikan gambar yng romantik bersame En Tunang..wahhh)
  • Mak Andam untuk mekup akd nikah + sanding + Outdoor
  • Design Kad kawen yang simple2 tapi cantik..


cantikkan??
 Korang tolong la ye..

Nota Kaki : Kadangkala masa yang kita perlukan terlampau panjang untuk benda yang sebenarnya terlampau sedikit. Nak mengubati jiwa dan hati kot..hehe

Tuesday, July 5, 2011

Ya Allah Permudahkan Jodohku...


situasi 1 :

saya sgt2 takut skarng nie..baru je lepas majlis bertunang..harap2 majlis nikah nanti akan berjalan seperti yang dirancang....

situasi 2 :

sgt2 takut dengan perangai tunang sekarang...senang sangat marah..nampak x seperti dulu..suka teking2..harap2 keadaan kembali normal mcm dulu..mcm mule2 sy kenal die..

situasi 3 :

rasa sangat2 xbersedia menempuhi alam baru..rasa umor baru je setahun jagung...rindu saat2 dengan kawan-kawan..rasa semakin terbatas...tiap2 ari rasa nak memberontak

situasi 4 :

tiba2 terpikir btl ke nie apa yang aku buat...bila terdengar.terbaca cerita tentang perwatakan lelaki akan berubah selepas kawin..takut rase..takut nak menempuh alam baru..takut xdapat menunaikan tanggjawab seperti yang sepatutnye.....

situasi 5 :

betul ke lelaki akan berubah selepas kawin?takutnye...takut xdapat nak lalui..

situasi 6 :

dulu romantik tapi sekarang nie mcm dah mula nampak sifat garang dalam diri die...takut die xdapat terima diri ini seadanye..


ishhh...xbaik kan..semua pikir negatif je...Ya Allah permudahkan segalanye...Amin

DOA DIPERCEPATKAN JODOH



Amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu :
Ertinya:


Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (ayat 131).

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 132).

Selain itu, perbanyak membaca salawat Nabi Muhammad saw. Perbanyakkan setakat yang terdaya. Lagi banyak salawat lagi baik.
___________________________________________________________________________________

Disini saya nak kongsikan 1 email tentang mencari jodoh,sekiranye  ingin bertemu dgn jodohmu, maka amalkanlah 3 perkara ini (saya tuliskan di bawah ini).

Allah itu memang Maha mendengar rayuan hambanya,Dia Maha Pengasih & Maha Penyayang. Maka berdoalah kepadanya tanpa putus asa. Kita jangan mendengar apa kata orang sekeliling tentang jodoh kita, biarkan mereka tapi kita sebagai hambanya lakukanlah usaha yang mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa, Sabar &  Kuatkan semangat. Allah itu sentiasa bersama hambanya yang meminta2. Pintalah padaNya. Insya Allah.

Antara amalannya ialah :-
1. Berpuasalah pada hari Isnin & Khamis
2. Bersedekahlah kepada fakir miskin
3. Lakukanlah solat ditengah malam (Tahajud & Hajat juga Istikarah)

Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu rakan-rakan yang buntu untuk mencari jodoh.

Nota Kaki :: Janganlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya

Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers