Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Tuesday, July 5, 2011

Ya Allah Permudahkan Jodohku...


situasi 1 :

saya sgt2 takut skarng nie..baru je lepas majlis bertunang..harap2 majlis nikah nanti akan berjalan seperti yang dirancang....

situasi 2 :

sgt2 takut dengan perangai tunang sekarang...senang sangat marah..nampak x seperti dulu..suka teking2..harap2 keadaan kembali normal mcm dulu..mcm mule2 sy kenal die..

situasi 3 :

rasa sangat2 xbersedia menempuhi alam baru..rasa umor baru je setahun jagung...rindu saat2 dengan kawan-kawan..rasa semakin terbatas...tiap2 ari rasa nak memberontak

situasi 4 :

tiba2 terpikir btl ke nie apa yang aku buat...bila terdengar.terbaca cerita tentang perwatakan lelaki akan berubah selepas kawin..takut rase..takut nak menempuh alam baru..takut xdapat menunaikan tanggjawab seperti yang sepatutnye.....

situasi 5 :

betul ke lelaki akan berubah selepas kawin?takutnye...takut xdapat nak lalui..

situasi 6 :

dulu romantik tapi sekarang nie mcm dah mula nampak sifat garang dalam diri die...takut die xdapat terima diri ini seadanye..


ishhh...xbaik kan..semua pikir negatif je...Ya Allah permudahkan segalanye...Amin

DOA DIPERCEPATKAN JODOH



Amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu :
Ertinya:


Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (ayat 131).

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 132).

Selain itu, perbanyak membaca salawat Nabi Muhammad saw. Perbanyakkan setakat yang terdaya. Lagi banyak salawat lagi baik.
___________________________________________________________________________________

Disini saya nak kongsikan 1 email tentang mencari jodoh,sekiranye  ingin bertemu dgn jodohmu, maka amalkanlah 3 perkara ini (saya tuliskan di bawah ini).

Allah itu memang Maha mendengar rayuan hambanya,Dia Maha Pengasih & Maha Penyayang. Maka berdoalah kepadanya tanpa putus asa. Kita jangan mendengar apa kata orang sekeliling tentang jodoh kita, biarkan mereka tapi kita sebagai hambanya lakukanlah usaha yang mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa, Sabar &  Kuatkan semangat. Allah itu sentiasa bersama hambanya yang meminta2. Pintalah padaNya. Insya Allah.

Antara amalannya ialah :-
1. Berpuasalah pada hari Isnin & Khamis
2. Bersedekahlah kepada fakir miskin
3. Lakukanlah solat ditengah malam (Tahajud & Hajat juga Istikarah)

Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu rakan-rakan yang buntu untuk mencari jodoh.

Nota Kaki :: Janganlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya

6 comments:

  1. sriyes~lelaki akan berubah lepas kawin.macam saya lepas kawin tak banyak cakap.masa bertunang la nak tengok perangai sebenar pasangan.kalau macam baran sangat bawak la berbincang~takut lepas kawin baran akan turun ke muka plak~haih~

    ReplyDelete
  2. banyakkan doa..semua bergantung pada hati dan diri sendiri.. may be die stress biler pikir pasal kawen..macam awak jugak may be die pon takut..saper tahukan... hurrmm... selebihnyer serah pada DIA.. lagi satu..kuatkan semangat..setan tak suke orng yg nak dirikan masjid ni..:)

    ReplyDelete
  3. salam..moga Allah permudahkan segala
    urusan anda..bab lelaki pemarah tu..susah nak cakap..anda lebih mengenali beliau, sebaiknya berbincanglah..

    ReplyDelete
  4. betul setuju dgn bujal..tak tipu..perangai sbnrnya adalah yg kamo kenal sekarang ni

    ReplyDelete
  5. dah nak kawin ke? tidak semua lelaki berubah selepas kahwin.... tp andaikata ia berubah dari perangai buruk ke baik... alhamdulillah... kalau dari buruk ke buruk lagi... lebih baik suruh dia berubah dahulu sblm dia menikahi anda.....

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Terima seadanya .. tapi jika seadanya itu makin teruk laku dan perangainya .. kena fikir juga. Kena bertindak juga ..

    Orang kata makin dekat nak jadi makin banyak dugaannya. Itulah pentingnya alam pertunangan. Masa kenal hati budi masing-masing. Kalau tak serasi terbongkar rahsia negara .. fikir-fikirkanlah..

    ReplyDelete

conteng lar ckit....

Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers