Kami mendirikan rumahtangga dua tahun yang lalu. Sehingga kini kami belum
dikurniakan cahaya mata. Isteriku belum bersedia menerima kehadiran cahaya
mata kami. Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelum kehadiran orang ketiga
( anak ). Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang
tersendiri. Dia suka melayari internet terutamanya ketika ketiadaan aku di
rumah. Disamping itu dia juga suka bermain chatting. Kekadang rasa cemburu
menyelinap juga di hatiku.
Pada satu waktu ( malam ) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri
pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya.Kemudian
aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar. Padahal aku
pergi ke cc berhampiran rumah kami.Di sana aku cuba mendapatkan isteriku
melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar. Aku berjaya
mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email.
Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan menggunakan
identiti palsu. Hampir empat bulan hubungan kami berinteraksi melalui
email. Foto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah foto asalku. Aku
menggunakan foto temanku. Sebaliknya foto yang ku terima daripada isteriku
adalah foto asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam
satu hari kami berinteraksi melalui email.Pada satu hari aku dijemput
menghadiri satu seminar tajaan majikan aku di Johor Bharu. Aku memberitahu
isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari
kerana menyertai seminar tersebut. Pada waktu yang sama melalui email aku
mengajak isteriku yang juga kekasihku mengadakan temujanji. Dia menerima
pelawaanku dengan senang hati.
Segala-galanya telah pun aku aturkan terlebih dahulu. Aku meminta dia
menunggu kedatangan ku di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur .
Melalui temanku secretary, aku meminta temanku menyampaikan pesanan padanya
melalui telefon bimbit bahawa ketibaan ku daripada Brunei Darul-Salam agak
lewat 5 jam. Temanku menyarankan agar isteriku membantuku membuat tempahan
bilik di hotel tersebut. Isteriku bersetuju. Kira-kira pada jam 11.15 malam
aku bersama temanku menuju ke hotel tersebut. Seperti yang dirancangkan
temanku bertindak sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel
tersebut. Daripada satu sudut aku memerhatikan gerak-geri mereka. Temanku
berjaya memainkan peranan sebagai aku. Perbualan mereka di lobbi hotel
seterusnya ke restoran hotel tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam.
Dalam pertemuan tersebut, temanku meminta agar isteriku menanti di kamar
hotel kerana ada satu tugas yang perlu diselesaikan pada malam itu juga.
Isteriku bersetuju. Selesai pertemuan tersebut isteriku dan temanku
berpisah. Isteriku menuju ke kamar dan temanku menuju ke arah aku. Selesai
tugas oleh temanku dia pun pulang ke rumah.
Sekarang tibalah giliran aku memainkan perananku.
Aku memasuki kamar isteriku pada jam 4 pagi. Aku sudah bertawakkal pada
waktu itu. Apa akan berlaku, berlakulah. Aku dapati isteriku sedang nyenyak
tidur diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut tebal. Dia tidak
menyedari akan kehadiranku waktu itu. Perlahan-lahan aku memadamkan lampu
tidur di kamar tersebut. Kini, keadaan kamar tersebut kini gelap gelita.
Aku mendekati isteriku dan berbaring di sisi. Alangkah terkilannya aku pada
waktu itu apabila aku dapati isteriku berpakaian yang amat menggairahkan.
Dalam kegelapan aku termenung sejenak. Akhirnya penantiannya berakhir
apabila dia mendapati kekasihnya berada di sisi. Dengan menggunakan wangian
yang sama seperti temanku mungkin dia tidak dapat mengesan bahawa insan
disisinya adalah aku. Aku terus memainkan peranan dan mendapat respon yang
baik sekali daripada isteriku. Aku tidak mengeluarkan suara sebaliknya aku
lebih menumpukan pada tindakan ku. Maka hubungan sulit antara aku dan
isteriku berlangsung pada pagi itu. Dia memuji kehebatan aku.
Setelah tamat permainan kami yang berlangsung hampir dua jam.......aku pun
menghidupkan lampu. Alangkah terkejut dan terpinga-pinga dia bahawa apa
yang berlaku tadi adalah antara aku dan dia. Mulutnya terkunci tak terkata
apa. Pucat,menggigil dan sebagainya. Tetapi aku cool. Aku tak cakap banyak
sebaliknya aku tidur kerana aku sendiri pun keletihan...Sehingga hari ini
aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang berlaku. Aku tidak mahu
menjelaskan apa-apa. Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu berlalu
begitu sahaja. Sesungguhnya dia masih isteriku dan dan aku suami yg malang.
Kesimpulannya.............jangan sesekali memberani kan diri dlm membuat
sesuatu hubungan sulit #######!!!??? !!!! dan melayari chatting.......
Padah akibatnya..... kenapa perempuan lebih berani dari lelaki?
Apakah itu tandanya kiamat telah hampir akibat ketidakpuashatian hak?
Nauzubillah....
-Kisah Benar dari Seorang Hamba Allah-
Why I English
1 month ago
hmmmm macam2 kes kan.. apa-apa pun elakkan benda2 yang menuju ke arah itu
ReplyDeleteJom Carrefour Express
Nombor Kat McD???
wo...dahsyat...
ReplyDeleteNa'uzubillah... Walaupun yang menyamar sebagai kekasih itu adalah suaminya sendiri, tapi isterinya tetap DENGAN NIAT menduakan suami! Bertaubatlah!
ReplyDeleteader ke perempuan mcm tu!?.. kesiannye lelaki tu!!.. takut la nak kawin mcm nie!!..
ReplyDelete