Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Monday, December 6, 2010

Melayan Kerenah Isteri...


1- Jgn buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dgn ikhlas.. Kalau perlu pujuk, pujuk dgn mesra.. Ini kerana hati perempuan agak sensitif
& sesetengahnya mahu dipujuk..

2- Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati & jgn sesekali bermain kayu tiga dgn perempuan lain.. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal & naluri suami..

3- Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jgn asyik mahu menengking & menyalahkannya saja.. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri..

4- Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat2lah merawatnya & jika serius bawa jumpa doktor.. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya..

5- Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya & buka telinga luas2.. Biar apa yg dikatakannya masuk telinga kanan & tersimpan telinga kiri....Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yg
diterima drpd isteri dgn bijak & prihatin..

6- Jgn sekali2 membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dgn emak anda kecuali masakan & cara menghias isteri anda lebih baik & canggih drpd emak anda..

7- Kalau pasangan sudah ada anak, sama2lah menjaga anak.. Jgn sekali2 lepas tangan &suami duduk tersandar depan TV atau relaks.. Tidak salah jika suami turut menjemur kain & menyapu sampah..

8- Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri & jgn habiskan semua krn kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan..

9- Kalau ada kwn & kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik2nya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah & menghias diri.. Ini akan mengelakkan
isteri berasa malu apabila tetamu dtg mengejut..

10- Jgn sekali2 menyakat & menyindir isteri mengenai saiz & bentuk badannya yg semakin gejuk atau semakin melidi.. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu..

11- Hormatilah ibu bapa & kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang & membodek mereka.. Jgn sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau..

12- Jgn kedekut dgn isteri serta belanja utk keperluan rumahtangga.. Jgn pula si suami lebih mementingkan adik beradik.. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki.. Jika boleh, jgn bebankan isteri dgn masalah kewangan anda..

13- Jgn bersepah & bersikap pengotor.. Apabila anda membuka baju, letakkan dlm bakul baju kotor.. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal.. Jika anda merokok, jgn merokok dlm rumah & bilik air.. Busuk tau tak!!

14- Rajin2lah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dgn kerja rumah & menjaga anak, apa lagi jika isteri sama2 bekerja.. Jgn tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah..

15- Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira.. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa & saling menghargai.. Ketepikan0 ego yg keterlaluan..

16 Berusahalah dgn ikhlas utk mempertahankan keharmonian rumahtangga.. Jgn membuat apa yg isteri tidak suka.. Kalau sekali suami buat baik dgn isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali..



8 comments:

  1. huisshh
    bace entri ni mcm tak sabar nak kawen
    hehehe

    ReplyDelete
  2. hehehe
    petua wajib dibaca tuk bakal2 suami
    temasuk bakal suami saya~~

    lalalala~

    ReplyDelete
  3. wah, cantek nyer gambo awk kt dlm entry ni..
    btw entry yg bgus=)

    ReplyDelete
  4. yerp..tapi petua ini juga boleh ditujukan pada bakal2 isteri (^_^)
    sebb sememangnye laki2 pon memerlukan ksemua diatas...n pmpn juga melakukan perkara yg tdk spttnye diatas..tp btol la..laki n pmpn mmg tdik boleh dsamakan..~~

    ReplyDelete
  5. Bertuah sesangatlah kalu semua kita dapat suami/bakal suami yg boleh ikut semua senarai itu.

    Tapi dlm zaman sekarang ni, pasti ada 4,5 list tu yg tercicir.

    so sabar jelah.

    ReplyDelete
  6. orang lelaki..kene bce nih..huhu

    ReplyDelete
  7. wahh!!!
    kena ingat dalam kepala ni..
    heheee

    ReplyDelete

conteng lar ckit....

Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers