Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Sunday, January 27, 2013

suami dan kerja


kenapa tak berhenti keje je?
kenapa tak ikut suami skali?
sanggup ke berjauhan dengan suami?
tak takut ke suami main blakang?
tak sayang suami ke?

Ya, ALLAH telah tetapkan ada rezeki untuk hambanya, kita hanya berusaha mencarinya dengan cara yang terbaik, bukan dengan cara yang boleh mengancam hubungan suami isteri.


aduhai...mulut manusia susah nak tutup ye..mcm2 persoalan yang diberi...susahnya kalau mereka tak berada di tempat saya...sape yang sanggup berjauhan dengan suami...siapa sanggup hidup dengan anak berdua je..lebih2 umur anak sekarang nie yang sangat memerlukan ayah disisi...

Alhamdulillah suami bagi keizinan untuk  saya meneruskan perkerjaan saya selepas 3bulan cuti berpantang...kalau ikutkan hati nak je ambik cuti tanpa gaji ikut suami tinggal disana..tapi bukan senang..prosedur nak memohon pun bukan mudah nak dapat....insyallah kalau ada rezeki dapat la saya tinggal dengan suami bersama anak teruna yang comel nie..



"Bagaimana nak survive Percintaan Jarak Jauh?"


"Macam mana nak pastikan Hubungan Jarak Jauh ni berjaya?"
"Apa yang perlu buat kalau nak jalinkan hubungan jarak jauh?"



sebenarnya hubungan jarak jauh nie memerlukan kepercayaan yang sangat tinggi..Alhamdulillah Tuhan bagi kekuatan kepada saya mempercayai suami saya walaupun jarak antara kami bukan dekat lebih2 lagi di tempat orang yang kita tidak tahu suasana dan persekitaran macamna...
Sebab perasaan dan keraguan korang adalah bergantung kepada apa yang anda percaya.Kepercayaan dan kesetiaan adalah yang paling penting dalam hubungan jarak jauh nie.
walaupun kami dah merancang apa yang terbaik untuk hubungan ini Tuhan Maha Mengetahui..
Insyallah kami akan bersama seperti keluraga lain..doakan kami ye..



p/s :mulut manusia nie susah nak tutup...kami sangat bahagia..bahagia nie sangat subjektif..jangan jadi batu api dalam hubungan kami...




5 comments:

  1. Dear writer,

    Saya pun PJJ ngan hasben.. Tak payah amek peduli mulut orang sangat... Yang penting kita jaga rumah tangga kita... InsyaAllah, Allah tak uji kalau kita tak mampu.. Pasti Allah janjikan sesuatu yang lebih baik kelak.. Ok.=)

    ReplyDelete
  2. jauh sgt ke?
    kalau saye la, sy suruh je bini berenti kerje. wakakaka. tp terpulang masing2 la kan kan.

    ReplyDelete
  3. jgn peduli kata2 org.. Yg penting rumah tangga kita harum subur, cewahhh mcm lagu pulak, haha :)

    btw, suami awak kena kerja dekat mana?
    permanently ke?

    ReplyDelete
  4. salam..
    laaa..dah ada baby ke? rasa cam baru
    je kahwin..tahniah, semoga diberkati
    Allah keluarga bahagia ini, amin!

    ReplyDelete
  5. Takpa dear ..janji bahagia n jgn amik kesah apa org nak kata

    ReplyDelete

conteng lar ckit....

Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers