Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Thursday, December 30, 2010

Hikmah disebalik kesabaran


ISLAM menuntut umatnya supaya sentiasa bersabar. Setiap dugaan dan halangan hidup seharian perlu ditempuhi dengan redha dan penuh keinsafan. Umpamanya apabila ditimpa kemalangan atau musibah, hendaklah menyerahkan diri dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Sikap sabar akan memberi ganjaran kepada manusia baik di dunia atau akhirat. Ini dijelaskan dalam al-Quran bahawa setiap kebaikan itu walaupun sebesar zarah akan mendapat balasan dan ganjaran baik. Begitu jugalah ganjaran terhadap sifat sabar kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT dan membuat kebajikan. Allah menjanjikan balasan yang baik dan kemenangan yang besar bagi orang-orang yang sabar.

Sabar adalah antara sifat orang-orang Mukmin dan menjadi salah satu amalan soleh. Orang yang melakukannya akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Ini seperti firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau wanita sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak pula dianiaya sedikit pun...” (QS An-Nisa:124).

Justeru, hendaklah kita berlumba-lumba membuat kebaikan seperti bersedekah, menolong orang dan ringan dalam mengerjakan amal ibadat. Begitu juga dalam hal berkaitan sifat sabar, terutama ketika berhadapan dengan masalah seharian. Pergaulan dengan jiran, rakan dan saudara mara perlu dijaga dengan baik. Sekiranya timbul perbalahan, ianya perlu ditangani dengan adil, saksama dan penuh kesabaran. Kehilangan sifat sabar hanya akan mengeruhkan keadaan, bukan menyelesaikan masalah. Sifat sabar membuktikan kewibawaan, peribadi dan ciri Muslim sejati serta mulia. Belajarlah menghormati jika kita mahu diri dihormati dan disegani orang lain.

Ganjaran sabar di dunia ialah mendapat kemenangan dan kejayaan hidup dalam menegakkan kebenaran Allah. Firman Allah bermaksud: “Ya, cukuplah jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka akan datang menyerang kamu seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.” (QS Ali Imran: 125).

Orang bersabar terhadap ujian Allah SWT dan sebarang kesusahan dalam mempertahankan keimanan amat dikasihi Allah serta diberikan kurnia yang banyak. Akhirnya hidup kita akan dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan sepanjang masa. Begitu juga orang yang kuat dalam kesabaran kerana mempertahankan keimanannya juga akan mendapat keuntungan. Firman Allah bermaksud: “Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan kepada mereka...” (QS Ali Imran: 170).

Sebenarnya pelbagai ganjaran dan balasan akan diberikan oleh Allah kepada orang bersabar. Ini kerana melalui sifat sabar akan membentuk jiwa yang kuat dan mental yang berani untuk menghadapi segala cabaran dan peristiwa yang boleh mengganggu gugat keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Ganjaran besar seterusnya menunggu orang yang sentiasa sabar dengan ujian Allah pada hari akhirat. Diketahui bahawa keuntungan, kesenangan, harta benda dan wang yang banyak yang diperoleh di dunia hanyalah sementara. Sebaliknya keuntungan dan kebahagiaan pada akhirat akan kekal dan abadi. Perkara inilah yang akan dinikmati oleh golongan beriman dan sabar dalam keimanannya. Ini dapat dihayati melalui maksud firman Allah: “Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS Ali Imran: 200).

Allah menyediakan tempat kembali yang mulia dan mengangkat kedudukan hambaNya yang sabar dan beriman ke tempat yang terpuji beserta para anbiya dan salaf al-soleh. Mereka inilah yang akan menerima catatan amal di sebelah kanan dan mendapat layanan sempurna pada akhirat kelak iaitu dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan yang tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran.
Hikmah sifat sabar dapat kita pelajari melalui ayat-ayat Al-Quran sepertimana berikut:

“Orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh kelak akan kami masukkan ke dalam syurga...” (QS An-Nisa: 122)

“Barang siapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya...” (QS Al-An'am: 160)

“Kecuali orang sabar (terhadap ujian) dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (QS Hud: 11)

Jelaslah, sabar adalah sifat yang membawa kebajikan. Malah Allah SWT memberikan pahala bagi orang yang membuat kebajikan dengan ganjaran berkali-kali ganda. Orang yang sentiasa bersabar akan mendapat keampunan daripada Allah SWT terhadap segala dosa yang pernah mereka lakukan dengan pahala yang besar. Oleh itu, sentiasa ingat bahawa sabar itu sebahagian besar dari iman agar hidup kita sentiasa bahagia dan sejahtera.



4 comments:

  1. Orang yang kuat dan gagah adalah orang yang berjaya mengawal amarahnya.

    Lalu sabar itulah yang paling ampuh.

    ReplyDelete
  2. salam..
    insyaallah..
    perkongsian ilmu yang
    berguna buat saya..TQ

    ReplyDelete
  3. salam
    Perkongsian ilmu yg baik
    Akan sy guna kan
    Insallah...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..terima kasih diatas kata2 dan nasihat mengenai kesabaran..sesungguhnya sy baru sahaja diberi ujian dimanabayi sy meninggal dlm kandungan stlh 6 bulan sy mengandungkannya..sy melahirkan bayi lelaki sy pd 21may yg lalu...ttp sudah tidak bernyawa..sy redha dgn ketentuan Ilahi..setiap kali sy merasa kesabaran sy teruji sy pujuk hati sy bahawa Allah amat menyayangi sy dan bayi sy..semoga saya terus diberi kesabaran..dan insyaallah dikurniakan zuriat yg baru

    ReplyDelete

conteng lar ckit....

Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers