Followers

Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Thursday, March 3, 2011

Perempuan idaman lelaki....Adakah anda antarenye???


Seorang gadis kecil bertanya pada ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. 
“Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.



13 comments:

  1. AYUNI..

    kalulah hati boleh dicermin dari luar.. mudah kita mengenal insan.

    Idaman seorang lelaki adakala berbeza mengikut selera tersendiri.

    Yang pasti, wanita yang baik untuk lelaki yang baik juga.

    Tak Baekkk Tau, Gelakkan Orang...!

    ReplyDelete
  2. folo & BW..

    mehla jenguk belog ai..salam kenal!(^_^)

    p/s:awak cantik....

    ReplyDelete
  3. nice info utk gadis.. bgus.. teruskan memberi info utk para gadis zmn skrg.. dari kaum adam..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...terbang ke blog ini dan singgah untuk folo..

    semoga tuan belog ceria2 selalu ya :-)

    ReplyDelete
  5. nice info:)

    nnti nak link enrty ni dlam post sye bleh??

    ReplyDelete
  6. mudahan kita tergolong dalam golongan yang bek!!~_~

    ReplyDelete
  7. Salam Ayuni.
    Hmmm .. camner nak komen?
    Idaman & impian dalam fikiran. Yang zahir itu la kenyataan! :)

    ReplyDelete
  8. akak taw tak?aritu link akak paling banyak dlm taffic shara.seyes tak tipu.byk gile org masuk dr blog akak.so,mknenye..nak ckp terima kaseh byk byk :)

    ReplyDelete
  9. salam..
    ermmm..cantik orangnya
    moga di berkati Allah..

    ReplyDelete
  10. buat santapan rohani pada yg bakal memperolehi hidayah dariNya sebegini..InsyaAllah

    ReplyDelete

conteng lar ckit....

Wajib Ingat Tentang Kita!!

Daisypath Anniversary tickers